Friday 25 May 2012

SUMBANGAN MESIN BASUH KE ASRAMA ANAK-ANAK YATIM DARUL FALLAH BUKIT PAYONG KUALA TERENGGANU.



Pada 24 Mei 2012, Tiaranita Nasional bersama Tiaranita Cawangan Terengganu telah membuat kunjungan ke Asrama Anak Yatim Bukit Payong Kuala Terengganu . Kunjungan ini telah dihadiri oleh YBhg Datin Nurbaya Abu Bakar, Timbalan Presiden Tiaranita  Nasional dengan  diiringi oleh Presiden Tiaranita Cawangan Terengganu Pn Hajjah Siti Salwah Haji Ahmad dan AJK Tiaranita Terengganu. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk membuat penyerahan  4 (empat) buah mesin basuh yang disumbangkan termasuk secara individu untuk anak yatim piatu yang memerlukan ini.

 

Rumah dan sekolah anak yatim ini menempatkan lebih  180 orang. Golongan  anak-anak yang terdiri dari yatim  dan yatim Piatu, dari golongan fakir dan miskin .di  2 buah asrama lelaki dan perempuan. Di anggarkan perbelanjaan sebulan untuk menampung keperluan makan minum, pelajaran, harian adalah sejumlah  RM 75,000.00.

Oleh yang demikian Warga TM ingin memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk sama-sama berkongsi dan menyumbang bakti bagi membela dan memelihara kebajikan anak-anak yatim ini agar mereka ini menjadi manusia yang berguna di masa hadapan kepada negara, agama dan bangsa.