Saturday 23 June 2012

ZIARAH DAN SUMBANGAN DARI TIARANITA CAWANGAN TERENGGANU.


Pada 22 Jun 2012, Tiaranita Cawangan Terengganu yang di ketuai oleh Presiden Tiaranita Cawangan Terengganu, Pn. Hajjah Siti Salwah Haji Ahmad isteri Tn Haji Hamidun Ismail (Pengurus Besar Negeri), Setiausaha dan AJK telah melakukan lawatan ke Rumah Pn. Rokiah Abd Rahman yang baru kehilangan suami tersayang pada Januari 2011 yang lalu akibat sakit kencing manis.

Ziarah kami diteruskan ke Rumah Pn.Fatimah Deraman isteri Encik Ghani yang terlantar sakit dan koma untuk penyakit Asma selama lebih dari 3 tahun lepas. Bermula pada April 2009 beliau telah tidak dapat menyambung pekerjaan sebagai cleaner di TM Terengganu.
 


Pihak Tiaranita telah menyampaikan sedikit sumbangan kewangan dan barangan kepada Pn.Rokiah Abd Rahman dan Pn Fatimah Deraman.Marilah kita sama sama mendoakan agar mereka tabah dan sabar dalam menghadapi ketentuan Allah diatas kehilangan suami tersayang dan semoga cepat sembuh dari penyakit yang dideritai selama ini agar dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa. InsyaAllah.


Friday 22 June 2012

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KALI KE -7 TIARANITA CAWANGAN TERENGGANU MENCATAT SEJARAH DAN MAJLIS SUAIKENAL BERSAMA PRESIDEN TIARNITA PENUH MERIAH.


Tanggal 21 Jun 2012, merupakan hari yang bersejarah buat seluruh warga Tiaranita Terengganu dengan berlangsungnya Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke - 7 yang bertempat di Permai Hotel , Kuala Terengganu.

Majlis dimulakan dengan ucapan  dari  Presiden Tiaranita Cawangan Terengganu Pn Hajjah Siti Salwah Haji Ahmad. Dalam ucapannya, beliau menyentuh mengenai pentingnya anggota wanita TM Terengganu dan Isteri agar dapat meningkatkan komunikasi di kalangan semua ahli disamping mengukuhkan silaturrahim. Beliau juga mengucapkan teima kasih diatas sokongan dan kerjasama semua AJK  bagi menjayakan Majlis Mesyuarat Agung ini.


Ucapan dan perasmian oleh  Tuan Haji Hamidun bin Ismail,  Pengurus Besar TM Negeri Terengganu Merangkap Penasihat Tiaranita Cawangan Terengganu.  Majlis disusuli dengan penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada barisan AJK 2010-2012. Seterusnya perlantikan baru ahli jawatankuasa TIARANITA  Cawangan Terengganu bagi sesi 2012-2014 diadakan bagi meneruskan rencana aktiviti TIARANITA sepanjang sepanjang sesi berikutnya. Presiden mengucapkan syabas dan tahniah dan berharap agar barisan kepimpinan yang baru ini akan dapat merealisasikan aktiviti yang berkesan  dimasa hadapan bagi kemanafaatan ahli.

Majlis Suaikenal bersama Presiden Tiaranita Terengganu yang baru menambahkan lagi  kemeriahan pada malam tersebut .  Majlis  yang bermula dari jam 8.00 -11.00 malam ini berakhir dengan  cabutan bertuah dan sesi bergambar bersama semua ahli yang hadir pada malam tersebut.  Setiap ahli yang hadir telah meluahkan kegembiraan dan kepuasan mereka kerana melaluinya ikatan silaturahim di antara ahli dapat diperkukuhkan bagi manfaat bersama.




Thursday 21 June 2012

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA JARING DIANTARA TM TERENGGANU VS POS MALAYSIA TERENGGANU.


Pada 21 Jun 2012, jam 5.30 petang bertempat di TM Padang Hiliran telah diadakan perlawanan persahabatan bolajaring diantara TM Terengganu bersama Pos Malaysia Terengganu. Perlawanan ini telah menjadi kenangan manis kepada Pasukan Bolajaring TM Terengganu kerana Presiden Tiaranita Terengganu, Pn Hajjah Siti Salwah Haji Ahmad bersama AJK Tiaranita  telah sudi menghadirkan diri bagi menyaksikan dan menyokong perlawanan persahabatan tersebut bersama-sama.