Thursday 5 July 2012

GERAI JUALAN TIARANITA CAWANGAN TERENGGANU DI MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KE 11 TIARANITA NASIONAL

Ahli Jawatankuasa Tiaranita Cawangan Terengganu di bawah Biro Ekonomi telah membuka gerai jualan semasa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke 11 Tiaranita Nasional pada 30 Jun 2012 yang lalu dengan menjual keropok lekor, keropok keping, serunding daging, kain sutera, baju kaftan batik dan  tudung. Aktiviti ini dijalankan adalah untuk menambah dana Tiaranita Cawangan Terengganu dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan sokongan padu daripada ahli-ahli Tiaranita yang hadir. Gerai dibuka seawal pagi sebelum Mesyuarat Agung bermula dan ditutup selepas mesyuarat Agung berakhir.
 
 
 
Kehadiran rombongan Tiaranita Terengganu ke Mesyuarat Agung itu adalah seramai 11  orang Ahli Jawatankuasa yang diketuai oleh Presiden  Tiaranita Cawangan Terengganu, Puan Hajjah Siti Salwah Haji Ahmad. Jumpa lagi di Mesyuarat yang akan datang :)