Wednesday 15 August 2012

Hampir Ke Situ - Mendua

Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkan ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba

(Korus)
Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu
(ulang korus)

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
Oh…
(ulang korus)

Thursday 2 August 2012

Salam Kasih Sayang & Sekapur Sireh dari Presiden



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera





Teriring Salam dan Doa semoga Allah SWT melimpahkan Taufik dan Hidayahnya kepada kita semua. Bersyukur saya kepada yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, saya telah diberi peluang untuk menerajui TIARANITA Cawangan Terengganu ini.


Alhamdulillah TIARANITA Cawangan Terengganu telah dapat membangunkan sebuah Laman Blognya sendiri yang diberi nama TiaranitaSongket. Sebagai Presiden TIARANITA Cawangan Terengganu, saya ingin merakamkan Ucapan Tahniah  dan Syabas serta Jutaan  Terima Kasih yang tidak terhingga kepada  Ketua Biro Keusahawanan dan AJKK Biro ini,  AJK Induk TIARANITA Cawangan Terengganu diatas usaha dan kerjasama yang diberikan dalam membangunkan Laman Blog ini.  Saya sangat berbangga dengan hasil usaha gigih yang jelas membuktikan betapa komitednya puan-puan untuk menjayakan aktiviti TIARANITA ini. 


Disamping kesibukan melaksanakan tugas ditempat kerja serta tanggungjawab kepada keluarga, puan-puan sememangnya layak untuk diberi sanjungan serta pujian di atas sumbangan yang telah diberikan. Tahniah kepada puan-puan kerana ahli-ahli TIARANITA Cawangan Terengganu begitu aktif menjalankan pelbagai aktiviti yang bermanfaat, menarik dan telah Berjaya meningkatkan keahliannya sehingga kini.


TIARANITA Cawangan Terengganu bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti dengan objektif yang di antaranya adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim di antara anggota wanita dan isteri- isteri warga  TM Terengganu, menggalakkan perkembangan pengetahuan serta kemahiran dan kemajuan diri, mengeratkan perhubungan dengan pertubuhan luar dan menjalankan kerja-kerja amal.


Sehingga ke hari ini, objektif-objektif ini ternyata semakin relevan dengan aktiviti  seminar, bengkel, lawatan, sukan, keusahawanan, Kebudayaan, Sahsiah,  Intelektual dan sebagainya, Saya berharap dan berdoa agar TIARANITA Cawangan Terengganu  akan terus aktif dalam merealisasikan segala objektif TIARANITA. 


Saya mewakili seluruh warga TIARANITA Cawangan Terengganu  mengalu-alukan kesudian ahli-ahli dan pengunjung-pengunjung mengunjungi laman blog ini.  Semoga paparan maklumat, aktiviti dan berita yang terkini ini dapat dimanfaatkan secara optimum oleh AJK, ahli dan juga pengunjung-pengunjung dan juga semoga laman ini mampu menyediakan sebahagian daripada informasi-informasi terkini dan bermanfaat agar dapat dikongsi bersama pengunjung dari luar TIARANITA Cawangan Terengganu ini. 


Akhir kata sekali lagi syabas kepada semua ahli TIARANITA Cawangan Terengganu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung  dalam segala aktiviti dan program yang djalankan seperti yang telah dirancang dan semoga kita lebih aktif lagi pada masa-masa akan datang. Semoga  usaha murni ini diberkati oleh Allah S.W.T. Amin.


Sekian, terima kasih.


Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


HAJJAH SITI SALWAH HAJI AHMAD
Presiden
TIARANITA Cawangan Terengganu

Wednesday 1 August 2012

SEJARAH PENUBUHAN TIARANITA (CAWANGAN TERENGGANU)



Persatuan Isteri-isteri dan Anggota Wanita TM (TIARANITA) Cawangan Terengganu telah ditubuhkan pada 24 Januari 2002 sebagai sebuah persatuan untuk menyatukan pekerja-pekerja wanita dan isteri-isteri kakitangan Telekom Malaysia Berhad khususnya di negeri Terengganu Darul Iman. Tujuan penubuhan adalah untuk menanam semangat untuk memperkukuhkan hubungan dan muhibbah sesama ahli serta untuk memelihara kebudayaan dan warisan sebagai rakyat Malaysia yang kita sanjungi. Matlamat lain TIARANITA juga untuk memupuk satu "budaya penyayang' dengan menyediakan bantuan dan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik khususnya dari kalangan wanita seperti ibu tunggal, fakir miskin, OKU dan anak yatim.


OBJEKTIF


TIARANITA Cawangan Terengganu ialah organisasi yang diwujudkan dengan misi untuk melengkapkan ahli-ahli dengan ilmu dan pengalaman untuk pengayaan hidup serta membina sahsiah sebagai wanita berperibadi. Ia telah dibentuk di 24hb Januari 2002 dengan satu jumlah awal 50 anggota. Keanggotaan terbuka untuk semua pekerja wanita dan isteri-isteri kakitangan Telekom Malaysia Berhad.



Organisasi di peringkat nasional diketuai oleh isteri Chief Executive Officer, Telekom Malaysia Berhad. Manakala organisasi di TIARANITA cawangan peringkat negeri akan diketuai oleh isteri Pengurus Besar TM Negeri masing-masing. Presiden TIARANITA Cawangan Terengganu sekarang ialah Pn Hjh Siti Salwah Binti Hj Ahmad, isteri kepada Pengurus Besar TM Terengganu. Mulai bulan Ogos 2012 TIARANITA Cawangan Terengganu mempunyai 83 ahli berdaftar dan bilangannya semakin bertambah setiap masa.