Sunday 28 October 2012

Tiara Walk-A-Hunt 2012


Makluman aktiviti Tiaranita untuk perhatian dan tindakan semua ahli Tiaranita yang berminat untuk menyertai aktiviti ini. 

Sertailah program yang menarik ini dan anda berpeluang memenangi hadiah menarik yang ditawarkan.

HADIAH UTAMA ADALAH TIKET PENERBANGAN KE VIETNAM. WOW BOLEH MELANCONG SECARA PERCUMA!!

Untuk penyertaan, sila hubungi Urusetia sebagaimana iklan di bawah.



Friday 26 October 2012

Perutusan Aidiladha dari Presiden Tiaranita Terengganu


Assalamualaikum WBT & Salam Kasih Sayang buat Semua,
 

KEPADA semua warga Tiaranita Terengganu, semoga semua diberikan-NYA keberkatan, kerahmatan, keampunan dan kebahagiaan pada Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelang tiba. Hidup ini terasa indah jika ada maaf. Menyambut Hari Raya Aidil Adha mari kita saling memaafkan, Supaya jiwa kita lebih tenang.





Dengan rasa yang amat besyukur kepada Allah SWT, dikesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada seluruh warga Tiaranita Terengganu dan keluarga masing-masing. Renungi dan hayati semangat disebalik hari perayaan ini agar ianya  memberi sinar dan dorongan untuk terus berkorban apa saja. InsyaAllah

 
Salam Hormat dan Salam Kasih Sayang buat semua


Presiden 
Tiaranita Terengganu

Thursday 25 October 2012

BANTUAN IBU TUNGGAL & BANTUAN PERSEKOLAHAN SESI TAHUN 2013


TAWARAN TERBUKA KEPADA AHLI-AHLI YANG LAYAK DAN MEMENUHI SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SEPERTI BERIKUT :

1. Terbuka kepada ahli TIARANITA seluruh Malaysia yang telah menjadi ahli sekurang-kurangnya tiga bulan (potongan gaji untuk yuran bulanan telah dibuat pada/sebelum 31 Ogos 2012).

2. Gaji pokok suami dan isteri tidak melebihi RM4,000 sebulan.

3. Bagi Ibu Tunggal gaji pokok tidak melebihi RM4,500 sebulan.

4. Mempunyai tiga atau lebih anak yang bersekolah rendah dan ke atas (tidak termasuk di Tadika/Pra-sekolah).

5. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang belum pernah menerima bantuan.

6. Sekiranya pemohon mempunyai gaji pokok melebihi dari kriteria yang telah ditetapkan tetapi ingin memohon, sila beri justifikasi di Lampiran B.

7. Keputusan dan pemilihan adalah MUKTAMAD.

8. Borang Permohonan adalah seperti lampiran. Borang juga boleh didapati daripada wakil-wakil TIARANITA di lokasi-lokasi berikut:-


Lokasi
Anggota
No. telefon
Lembah Klang
Amiraf Zuki
03 2240 4670
Kedah/Perlis
Hazliza Haron  
04 720 2213
Pulau Pinang
Roshidan Sani
04 827 1123
Perak
Juliyana Yacob
05 249 9859
Pahang
Nur Hana Mhd Pilus
09-5129155
Kelantan
Muria Hj Abu Bakar
09 741 5556
Terengganu
Asiah Chik
09 620 2226
Johor
Dainawati Noor Ariff
07 228 1001
Negeri Sembilan
Azlina Mohd Toffick
Suliza Abd Halim
06 765 1661
06 7671525
Melaka
Norhaiza Mohd Zainuddin
06-252 2873
Sabah
Jenny John
088 29 9370     
Sarawak
Ariati Suradi
082-203909


Tarikh tutup penerimaan permohonan ialah pada 5 November 2012 (ISNIN).

Sila hantar/pos borang yang lengkap ke alamat berikut:

Sekretariat Bantuan Sekolah TIARANITA
d/a Capital Accounting Subsidiaries,
TM Finance, , Tingkat 11, TM Annexe 2,
Jalan Pantai Baharu
50672 KUALA LUMPUR
UP: AMIRAF ZUKI


Terima kasih.


TIARANITA

Tuesday 23 October 2012

Kisah Tiaranita Songket - Video Majlis Pelancaran

Video semasa Majlis Pelancaran pada 18 Oktober yang lalu, bertujuan untuk memperkenalkan blog Tiaranita Songket kepada semua ini dinamakan 'Kisah Tiaranita Songket'. Video ini dibina menggunakan software Camtasia 8.0 Selamat menonton!!
 
 

Tuesday 16 October 2012

Majlis Pelancaran Tiaranita Songket

Semua ahli Tiaranita Terengganu dijemput beramai-ramai ke Majlis Pelancaran Laman Blog dan Sesi Ramah Mesra. Datang jangan tak datang!!
 

Sunday 14 October 2012

Sekitar Workshop Teknik Belajar Berkesan Bersama Br. Izu

Tiaranita Cawangan Terengganu, melalui Biro Sahsiah dan Intelek telah mengadakan Program Workshop Teknik Belajar Berkesan pada 6 Oktober 2012 (Sabtu) bermula jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Telekom Malaysia Training Center, Rusila. Seramai 17 orang pelajar telah mengikuti program ini yang terdiri daripada pelajar sekolah Menengah dan sekolah Rendah Tahap Dua.
 
 
Workshop Teknik Belajar ini menampilkan Trainer atau Moderator Mohd Izwan bin Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Br. Izu. Teknik belajar ini menggunakan SLD Method. Kesannya mengatasi empat bulan pembelajaran teknik belajar mengikut kaedah biasa. Selain itu, workshop ini turut mengajar teknik pengurusan masa, dua belas (12) teknik memori berkesan, serta teknik belajar Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains secara mudah.
 
 

Dalam sesi bersama ibu bapa, Br. Izu menunjukkan senarai semak atau 'checklist' untuk ibu bapa memantau sesi pembelajaran dan pencapaian anak dalam pelajaran. Ibu bapa yang hadir juga berpuashati dengan program ini malah mengharapkan ianya dapat diteruskan secara berkala pada masa akan datang. Semoga program seperti ini akan terus diadakan untuk menjalin hubungan baik di antara anak-anak, ibu bapa dengan Tiaranita Cawangan Terengganu.
 
 

Kajiselidik Online - Ahli Tiaranita Terengganu sahaja

Kepada semua ahli Tiaranita Terengganu diharapkan dapat memberi maklumbalas ke atas kajiselidik ini.


Free form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Wednesday 10 October 2012

GEMURUH SUARA



Lagu tema TEAM MALAYSIA kepunyaan TM sendiri, yang bertujuan menyemarakkan semangat peminat dan penyokong sukan tanah air. Dinyanyikan oleh KRU, Ramli Sarip, Caprice, Suki, Mooki, dan Hannah Tan.