Wednesday 21 November 2012

KEM REMAJA UNGGUL BERSAMA IMAM MUDA


Assalamua'laikum wbt & Salam Sejahtera

YBhg Datin/Puan/Cik

Adalah dimaklumkan bahawa satu program KEM REMAJA UNGGUL BERSAMA IMAM MUDA akan diadakan pada 10-11 Disember 2012.

Sila ambil perhatian bahawa tempat adalah terhad kepada 100 peserta dan berdasarkan “first come first serve basis”.


Butiran program ini adalah seperti berikut:



Tuesday 20 November 2012

LAGU TIARANITA ~~ SALAM KEIBUAN




Kehadiran kasih sayang
Dalam kehidupan insan
Memberi warna indah
Dalam lukisan jiwa

Berbudi berbakti
Amalan yang murni
Sesama insan diatas dunia

Yang lebih memberi
Yang kurang merasai
Nilai cinta pun terpancar
Tulus di sukma jiwa

Walaupun bicara
Tak satu bahasa
Itu bukanlah sempadan pemisah 

Kita lah wanita pendukung wawasan
Kasih dan sayang teraju utama
Kita lah wanita obor kehidupan
Menerangi alam insan kegelapan

Kita lah wanita berjiwa penyayang
Sentuhan cinta sinar yang memancar
Kita lah wanita pohon yang merendang
Berbunga berbuah dengan kasih sayang 

Tiaranita.....tiaranita.....tiaranita.....


Thursday 1 November 2012

MAJLIS BERKHATAN 1TM ANAK-ANAK ANGGOTA KUMPULAN TM BERSAMA ANAK-ANAK YATIM 2012 TERENGGANU


Salam Warga Tiaranita Terengganu…

Sebagai makluman ahli Tiaranita Terengganu, TM Terengganu dengan kerjasama BAKIT, KELAB TM, KELAB TIARANITA, HC dan NUTE akan mengadakan Majlis Berkhatan Anak-anak anggota serta anak-anak yatim sebagaimana berikut :

Tarikh : 24 Nov 2012 (Sabtu)
Masa : 8.30 pg
Tempat : Kompleks TM Medan Jaya

Majlis ini akan diadakan serentak disemua negeri.

Oleh itu, bagi mereka yang merancang untuk berkhatan anak-anak dimusim cuti sekolah ini bolehlah datang pada tarikh tersebut bagi sama-sama memeriahkan majlis ini.

Bagi mereka yang ingin menyertai program ini sila maklumkan kepada Pn Intan Suraya (096162221) sebelum atau pada 21 Nov 2012.

Kerjasama serta sokongan semua diucapkan ribuan terima kasih.