Friday 22 March 2013

GROOMING FOR SUCCESS


Salam warga Tiaranita yang dikasihi,

JOM!!!...kita kongsi cerita dan peristiwa semasa program GROOMING FOR SUCCESS anjuran Tiaranita Terengganu.

Tiaranita Terengganu telah menganjurkan “Grooming For Success” Workshop, yang diadakan di Bilik Perhentian TMTC Timur Medan Jaya Rusila Kuala  Terengganu. Program ini diadakan pada 21 Mac 2013 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Seramai 16 orang peserta yang terdiri dari ahli Tiaranita dan bukan ahli.

Program yang julung kali ini diadakan,  sangat berjaya dan mendapat sambutan dari dan bukan ahli.

Objektif program ini diadakan ialah untuk memberi suntikan dan kesedaran betapa pentingnya keperibadian personaliti seorang wanita berkejaya. Pengetahuan dalam gaya hidup mengenai pergaulan, cara berpakaian , menjaga kebersihan dan kebersihan diri, 

Program ” Grooming For Success” Workshop ini , akan diteruskan lagi dengan beberapa siri yang akan datang, sebagaimana hasrat dari  Presiden Tiaranita Terengganu , Puan  Hajjah Siti Salwah Haji Ahmad.














Monday 18 March 2013

1Million Women Purple Walk Peringkat Negeri Terengganu


JOM!!!...kita kongsi cerita dan peristiwa program 1Million Women Purple Walk Peringkat Negeri Terengganu.

Program 1Million Women Purple Walk telah berlangsung pada 17 Mac 2013, Ahad bertempat di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu. Pelancaran bagimperingkat negeri Terengganu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Hj Ahmad Bin Said, turut serta ialah Exco kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan negeri. Pengurus Besar Negeri TM Terengganu, Hj Hamidun Ismail  telah hadir bagi pihak TM Terengganu Lebih dari 10,000 peserta telah menjayakan program ini yang turut dimeriahkan dengan penyertaan seramai 50 orang anggota TM Terengganu. Pasukan TM Terengganu telah diurus selia oleh Tiaranita Terengganu yang diketuai oleh Presiden Tiaranita Terengganu, Puan Hajah Siti Salwah Hj Ahmad.

SYABASSS!!!...dan TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.











Saturday 2 March 2013

Grooming For Success Workshop


Salam Warga Tiaranita,

Sukacita dimaklumkan bahawa Tiaranita Terengganu akan menganjurkan "Grooming For Success" Workshop. Aturcara adalah seperti dilampiran. Untuk makluman Cik/ Puan, Tempat adalah terhad kepada 25 Peserta sahaja. 

Tarikh tutup Penyertaan adalah pada 18 Mac 2013….Makan Minum adalah disediakan.Siapa Cepat dia Dapat!!!!!  




ATURCARA


9.00 Pagi            Ketibaan Ahli & Pendaftaran

9.00 - 10.30 Pagi    Introduction to Grooming

10.30 - 11.00 Pagi    Rehat / Minum

11.00 - 1.00 Tgh    Grooming Module 1

1.00 - 2.30 Ptg            Makan Tghari / Zohor

2.30 - 4.30 Ptg           Grooming Module 2

4.30 - 5.00 Ptg           Rehat/ Minum

          Bersurai