Thursday 20 June 2013

SESI TEMU MESRA AJK TIARANITA TERENGGANU DENGAN SETIAUSAHA TIARANITA NASIONAL

Sesi temu mesra Setiausaha Tiaranita Nasional , Puan Zaleena  Abd Ghani bersama Ahli jawatan kuasa Tiaranita  Terengganu telah berlansung pada 19 Jun 2013 di Bilik Mesyuarat Medan jaya TMTC , Medan Jaya Rusila Marang Terengganu.

Tiaranita Terengganu, mengambil kesempatan untuk sesi temu mesra bersama  Puan Zaleena  yang merupakan jemputan National Network Operations (NNO ) yang berlangsung  mulai 17  hingga 20 Jun 2013 di TMTC  Medan Jaya.






Adalah menjadi harapan beliau, Tiaranita Terengganu akan lebih aktif, dibawah kepimpinan Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad sebagai Presiden Tiaranita Terengganu. 

Monday 17 June 2013

Majlis Santai Hi – Tea Avon Mastercook & Dewanita sempena Hari Ibu dan Bapa

MAJLIS SANTAI HI- TEA AVON MASTERCOOK & DEWANITA SEMPENA HARI IBU DAN HARI BAPA telah berlangsung dengan meriahnya pada 15hb. Jun 2013 (Sabtu) jam 2.30 Petang bertempat di Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu.




Majlis yang begitu santai, mesra dan meriah ini telah dirasmikan oleh  YBhg. To’ Puan Halina Binti Zakaria isteri kepada ADUN seberang Takir. Turut menjadi tetamu jemputan bagi mengiringi To’ Puan pada majlis ini adalah Presiden Tiaranita Terengganu Puan Hajjah Siti Salwah Haji Ahmad yang telah dijemput khas oleh Pengarah Dewanita Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Terengganu (DPMMT) dengan kerjasama pemilik Butik Avon  Kuala Terengganu Puan Aidah Badaruddin ke majlis yang penuh bermakna ini



Majlis ini diadakan Sempena menyambut Hari Ibu Dan Hari Bapa dengan bertemakan “ majlis santai Hi Tea Avon Mastercook.”. Ahli Tiaranita juga turut serta dalam majlis ini dan dipersembahkan dengan beberapa acara menarik seperti berikut:

a) Demonstrasi masakan oleh Chef Quinara Al Safir Resort dengan beberapa resepi istimewanya.
b) Demonstrasi jualan produk Dewanita
c) Pertandingan Romantika De Amor (ucapan  puitis suami isteri)
d) Cabutan Bertuah

Para peserta juga dihidangkan dengan jamuan Hi tea , door gift dan juga mendapat keahlian percuma AVON.


Sunday 16 June 2013

Perlawanan Bowling Tiaranita Terengganu dan Puspanita Terengganu


Pada 15 Jun 2013 ( Sabtu ) Tiaranita Terengganu telah menyertai perlawanan bowling  bersama Puspanita Terengganu dan NGO Terengganu. Program Biro Sukan Tiaranita Terengganu ini   amat bermakna telah berlangsung pada 15 Jun 2013 ( Sabtu ) di Terengganu Equestrian Resort ( TER), Kuala Ibai, Terengganu. Turut serta di program ini, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud,, Isteri Menteri Besar Terengganu, merangkap Yang Di Pertua Serikandi , To’ Puan Hajah Rohani , Pengerusi  Puspanita Terengganu dan isteri-isteri Exco Terengganu ( Serikandi ). Berkesempatan ini, sesi perkongsian idea, pengalaman dalam persatuan, antara pengerusi NGO Terengganu dan  Presiden Tiaranita Terengganu Hajjah Siti Salwah Haji Ahmad sebagai Presiden Tiaranita Terengganu untuk lebih maju dalam bidang sukan. Hasil dari  pertemuan antara badan NGO  dan Tiaranita Terengganu, telah memberi  suntikan semangat kepada Tiaranita Terengganu untuk terus menjalankan aktiviti- aktiviti kesukanan dan lain-lain aktiviti yang telah dirancang. Semoga hubungan baik Tiaranita TM Terengganu dan Puspanita Terengganu akan meningkatkan imej TM Terengganu di mata Kerajaan Negeri Terengganu serta akan banyak lagi aktiviti bersama boleh dilakukan.