Wednesday 31 July 2013

BOOTH SEHARI TIARANITA DI IPK TIMUR

WARGA TIARANITA YANG DIKASIHI

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE BOOTH JUALAN HARI RAYA TIARANITA TERENGGANU… 

Tarikh    :   31 Julai 2013 ( Rabu )
Masa      :   12.00 tengahari  - 2.30 petang
Tempat   :   Lobi  TM IPK TIMUR, MEDAN JAYA

Pelbagai pilihan biskut, kerepek, kekacang & telekung turut dijual



Wednesday 17 July 2013

JUALAN TIARANITA SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK

Sempena bulan Ramadan ini, kami dari Tiaranita Terengganu mengadakan jualan sempena menyambut kedatangan Aidilfitri yang tidak lama lagi. Pelbagai kuih dan biskut pelbagai citarasa dijual. Untuk tempahan anda boleh menghubungi wakil dari pihak kami seperti dibawah :

Fadzliwati (013-9330454)

Zuraihan (013-3998689)

Email : tiaranitasongket@gmail.com

























Wednesday 10 July 2013

PERUTUSAN PRESIDEN TIARANITA TERENGGANU SEMPENA BULAN RAMADHAN 1434H/2013M

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

AHLI TIARANITA TERENGGANU YANG DIKASIHI.

PERUTUSAN PRESIDEN TIARANITA TERENGGANU SEMPENA BULAN RAMADHAN 1434H/ 2013M

Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad
Presiden Tiaranita Terengganu

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T yang telah mempertemukan semula kita dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak 
 1434H. Sesungguhnya bulan Ramadhan ialah bulan yang menjanjikan hidayah dan ganjaran besar kepada orang yang bertaqwa kerana itulah matlamat daripada 
ibadat puasa. Peluang untuk terus hidup dalam bulan Ramadhan, penghulu bulan ini adalah antara rahmat dan nikmat yang Allah S.W.T beri kepada semua hamba-Nya. 

Firman Allah S.W.T  yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (al-Baqarah:183)

Keberadaan kita dalam Ramadhan hari ini sebagai alamat, tanda yang Allah dah makbulkan doa kita. Doa yang sering kita baca seawal Rejab lagi,“Ya Allah berilah 
keberkatan kepada kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan”

Di kesempatan ini marilah kita sama-sama  agar menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan menambahkan dan meningkatkan amalan seharian. Hidupkan
 majlis berbuka, Solat Tarawih, Tadarus Al-Quran dan Tazkirah di mana-mana ruang yang ada, ambillah kesempatan bersedekah terutamanya memberi 
makan kepada orang yang berpuasa, kerana Rasulullah bersabda: 
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (menyediakan makanan berbuka puasa) maka ia memperolehi pahala sebagaimana orang yang
 berpuasa, dan tidak kurang sedikitpun pahala puasanya.”

Mudah-mudahan, kita semua dapat mengambil iktibar di atas semua peristiwa yang  berlaku di bulan Ramadhan tahun lepas agar Ramadhan yang 
bakal dilalui tahun ini lebih bermakna bagi diri kita untuk kembali kepada kehidupan yang berlandaskan al-Quran, iman dan taqwa.
Sekian, SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1434H.