Tuesday 17 September 2013

TIARANITA TERENGGANU BERBAKTI DI SEBERANG TAKIR

Semangat bersatu padu ahli Tiaranita Terengganu,ditonjolkan dalam gotong royong memasak  bersama-sama masyarakat Kampong Seberang Takir Pantai pada 14 September 2013. Kerjasama bersama masyarakat ini dilaksanakan dalam Program Gotong Royong 1TM & Pelancaran Program Sukarelawan TM yang di rasmikan oleh YB. Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman, ADUN Seberang Takir , merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa  Sains danTeknologi , Alam Sekitar,  Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Negeri, YBhg. Dato’ Sri Dr.Halim Shafie, Pengerusi TM dan Haji Hamidun Ismail , Pengurus Besar Negeri TM Terengganu.










Lebih kurang 500 orang masyarakat kampung dan warga TM hadir di Program Gotong Royong 1TM yang diadakan serentak melibatkan warga TM seluruh negara. 





Semoga semangat bersatu padu ini akan berterusan, dan menjadi satu aktiviti dibawah Biro Sahsiah dan Intelektual di bawah kepimpinan Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad , Presiden Tiaranita Cawangan Terengganu.


Monday 16 September 2013

Tiaranita Terengganu’ Prihatin dan Cakna Kebajikan Ahli

Tiaranita Terengganu telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Kebajikan kepada ahli yand sakit dan menerima rawatan di Hospital juga kepada ahli yang akan menunaikan Fardhu Haji di Mekah pada September 2013 nanti.

Majlis ini diadakan di bilik Mesyuarat Government Sales TM Jalan Air Jernih Kuala  Terengganu pada 15 September 2013 jam 10.00 pagi. 



Tiaranita  Cawangan Terengganu sentiasa Cakna dan amat Prihatin kepada kebajikan ahli. Sumbangan berbentuk wang tunai yang telah disempurnakan oleh Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad , Presiden Tiaranita Cawangan Terengganu kepada Puan Normala Ahmad, Puan Zainab Ngah dan Puan Norzilah Muda ( sakit ) serta Puan Habsah Wan Muda ( Sakit dan akan menunaikan Fardhu Haji ke Mekah).
Aktiviti sumbangan ini, di bawah Biro Kebajikan dan Kebudayaan yang sentiasa cakna dan Prihatin kepada kebajikan ahli Tiaranita Terengganu.


Sesi Temu Mesra Ahli Jawatankuasa Tiaranita Terengganu dengan Wakil Ahli Jawatankuasa Tiaranita Nasional

Sesi temu mesra Ahli Jawatankuasa Tiaranita Terengganu dengan wakil Ahli Jawatankuasa Nasional telah diadakan di Bilik mesyuarat Government Sales  TM Jalan Air Jernih Kuala Terengganu pada 15 September 2013.

Wakil Ahli Jawatankuasa Tiaranita Nasional ini  ialah, Puan Rusnani Said  Naib Presiden  dan Puan Nyah Chek Ahli Jawatan kuasa Tiaranita Nasional. Sesi turun padang ini,  adalah bertujuan untuk membantu perancangan aktiviti Tiaranita Terengganu, disamping bersama-sama memberi sokongan kepada Tiaranita Terengganu di Program  Gotong-Royong 1TM & Pelancaran Program Sukarelawan TM pada 14 September 2013 di Kampong Seberang Takir Pantai, Kuala Terengganu.




Pertemuan  yang ringkas ini, tetapi amat bermakna, kepada Tiaranita Terengganu.
Banyak perkongsian idea dan amanat yang boleh menjadi panduan untuk menlaksanakan aktiviti-aktiviti Tiaranita yang telah di rancang dalam BP 2013.

Adalah menjadi harapan beliau, Tiaranita Terengganu dapat, merancang dan menlaksanakan aktiviti kearah ke ilmuan sahsiah , kebajikan, kesukanan, disamping menambah DANA, melalui Biro keusahawanan. Semuga  kepimpinan Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad, Presiden Tiaranita Terengganu akan lebih bersemangat dalam menjalankan aktiviti-aktiviti. 


Wednesday 4 September 2013

GEMPAK MERDEKARAYA TIARANITA

“Gempak Merdeka Raya”  Gerai Tiaranita Terengganu  di Majlis Sambutan Hari  
Raya TM Terengganu 2013/ 1434H 

Pada  3 September 2013 ( Selasa )  sepuluh unit  Gerai termasuk Tiaranita Terengganu telah  
menyajikan hidangan  dan buah-buahan , di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri TM Terengganu 
2013  ( 1434 H ) yang diadakan di Ibusawat Hiliran Kuala  Terengganu.                  
Ini adalah pertama kali ,Tiaranita Terengganu diberi peluang untuk menyediakan gerai, di Majlis  
sambutan Hari Raya.



Hasil kreativiti dan kerjasama dari ahli Jawatankuasa kerja menghias cantik 
gerai mereka yang menghidangkan pelbagai juadah seperti ketupat, lemang, rendang, serunding,         
tapai serta buah-buahan seperti durian, rambutan dan duku.



 Kemeriahan majlis ini, diserikan kehadiran pelangan-pelangan Telekom yang terdiri  dari wakil-
wakil Koperat, Jabatan Kerajaan, syarikat swasta, Bank-bank serta orang awam.



Majlis seperti ini, yang diadakan setahun sekali, telah memberi kenangan manis yang tidak dapat 
dilupakan kepada semua ahli Tiaranita di bawah kepimpinan Presiden Tiaranita  Terengganu,Puan 
Hajah Siti Salwah Haji Ahmad