Wednesday 29 January 2014

Penyampaian Sumbangan Cenderahati Ahli Masuk Wad

Pada 20 & 28 Januari  2013, satu Majlis Penyampaian Sumbangan  Cenderahati  kepada Ahli masuk wad. Program ringkas, tetapi amat bermakna bagi Puan Zainab Ngah, Puan Shukuriah Abd Ghafar dan Puan Sarifah Mamat ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad, Presiden Tiaranita Terengganu bersama-sama Ahli Jawatankuasa Tiaranita Terengganu.Program seperti ini adalah merupakan Aktiviti Biro Kebajikan Tiaranita Terengganu.

Ziarah Puan Zainab




Ziarah Puan Shukuriah 



Ziarah Puan Sarifah





Sunday 19 January 2014

Bengkel Jahitan Manik (Batch 1)

Program Bengkel Jahitan Manik (Batch 1) adalah merupakan aktiviti PERTAMA Biro Kebajikan dan kebudayaan bagi tahun 2014. Program ini telah dirasmikan oleh Presiden Tiaranita Terengganu, Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad yang telah diadakan pada 18 Januari 2014, Sabtu bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang bertempat di TMTC dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seramai 14 ahli dan anak ahli. 

Program ini telah dapat membantu mewujudkan daya kemahiran yang tinggi kepada Ahli dalam bidang fesyen jahitan manik dan labuci. Diketahui umum bahawa bidang kemahiran dapat menjana pendapatan yang tinggi dimana individu dapat memulakan perniagaan sendiri dengan modal dan kos operasi yang rendah berbanding perniagaan-perniagaan yang lain. Ahli juga Dapat menjahit sendiri corak-corak manik dan labuci pada baju kurung atau kebaya dengan 15 Teknik jahitan yang dipelajari melalui Tenaga Pengajar dari Perwani Terengganu.

Diatas permintaa ramai, Tiaranita Terengganu akan menganjurkan dan meneruskan Program ini untuk Batch 2 nanti.

SYABAS!!! dan TAHNIAH, kepada semua yang hadir dan diharapkan program ini mendapat manafaat kepada semua.




























Thursday 16 January 2014

Iklan - Kelas Masakan "Tartlet" Batch 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

AKAN DATANG - Kelas Masakan "Tartlet" anjuran Tiaranita Terengganu  

Kursus ini mendedahkan kepada teknik-teknik baking secara teori dan praktikal dari chef yang berpengalaman.

Kelas yang ditawarkan adalah terhad kepada 20 orang sahaja.

Bagi anda yang berminat, sila hubungi atau emailkan ke:

Cik Faten Syuhada Binti Mohd Sharin @ 09 6202525
Puan Noraini Binti Hussin @ 09 6202627
Puan Rohaya Muda @ 09 6162200

Cepat,jangan lepaskan peluang ini!!!!!




Thursday 9 January 2014

Iklan - Bengkel Jahitan Manik Tiaranita (Batch 1)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Tiaranita Terengganu akan mengadakan Bengkel Jahitan Manik (Batch 1).
Kursus ini mendedahkan kepada teknik-teknik jahitan yang lebih kemas dan teratur secara teori dan praktikal.

Bagi anda yang berminat, sila hubungi atau emailkan ke:

Cik Faten Syuhada Binti Mohd Sharin Aka Zawawi @ 09 6202525
Puan Noraini Binti Hussin @ 09 6202627
Puan Rohaya Muda @ 09 6162200

Tarikh tutup Tempahan adalah pada 15 Jan 2014….
Jangan lepaskan peluang ini!!!!!