Tuesday 22 April 2014

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Tiaranita Terengganu ke Hari Tiaranita 2014 Pulau Pinang

Pada 22 April 2014, Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Tiaranita Terengganu telahpun berlangsung dengan jayanya di TMTC.  Majlis ini telah disempurnakan oleh Presiden Tiaranita Terengganu, Hajjah Siti Salwah Haji Ahmad untuk Hari Tiaranita Kebangsaan 2014 yang akan berlangsung di Pulau Pinang 
pada 24-27 April 2014.  Sesi taklimat kepada para peserta juga turut dihadiri seramai 22 orang ahli Tiaranita.

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada para peserta ke Hari Tiaranita Peringkat Kebangsaan 2014 nanti.

Klik "Read more" untuk gambar-gambar seterusnya.

Sunday 20 April 2014

Program Sepakat Komuniti 1 Malaysia - Seberang Takir (19 April 2014)

Program Sepakat Komuniti 1Malaysia Peringkat Daerah Kuala Terengganu telahpun berlangsung dengan jayanya Pada 19 April 2014 yang lalu. Seramai 12 orang ahli Tiaranita Terengganu telah turut serta bagi memeriahkan lagi acara  Senam Seni 1 Malaysia, pertandingan gubahan bunga, pertandingan masakan dan pertandingan solekan / Busana Muslimah). Turut serta adalah Master Chef Joe merupakan selebriti masakan yang dijemput khas ke Terengganu.  Aktiviti kebajikan iaitu “Touch point rakyat” juga turut dihadiri oleh Pengurus Besar Negeri TM Terengganu Tuan Haji Hamidun Ismail dan isteri Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad bagi  mengiringi YB Dato’ Haji Ahmad Razif Abd. Rahman dan isteri To’ Puan Hajah Halina Zakaria serta lawatan ke kampung Teluk Ketapang.  Kesinambungan daripada program gotong royong yang telah diadakan di Kampung Seberang Takir tahun lepas, Tiaranita Terengganu ingin menumpukan kepada keperihatinan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik melalui TOUCH POINT RAKYAT seperti Ibu Tunggal, Orang Kurang Upaya, anak yatim dan fakir Miskin di Daerah ini disamping memberi tumpuan kepada tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Semoga jalinan ukhwah dan sumbangan melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diberikan ini akan terpahat dalam nilai-nilai  teras dan prinsipnya dan akan dapat menambah nilai dan memperkayakan kehidupan melalui sumbangannya kepada masyarakat dan Negara.


Thursday 17 April 2014

PRE ORDER UNTUK TEMPAHAN KEROPOK KEPING, KEROPOK LEKOR (VAKUM) DAN KEROPOK SEGERA + PENCICAH DARI TIARANITA TERENGGANU

Assalamua'laikum wbt & Salam Sejahtera,

Sempena HARI TIARANITA 2014, TIARANITA TERENGGANU akan membuka GERAI menjual Keropok keping, Keropok Lekor ( Vakum ) , Keropok Segera + pencicah dan berbagai barangan buatan dari Terengganu.



Tempahan awal boleh dibuat dengan berhubung / emailkan kepada :

1.    Pn Nur Aina Salleh (Ain) – 0169324630 (na@tm.com.my)
2.    Pn Roselawati Abdul Hamid (Rose) – 0199739082 (roselawati.abdhamid@tm.com.my)

Tarikh tutup untuk tempahan awal ialah pada 21 April 2014

JOM….CEPAT-CEPAT  buat tempahan awal…

Thursday 10 April 2014

IKLAN - Pertandingan Bowling Tiaranita 2014

Assalamua'laikum wbt & Salam Sejahtera

YBhg Datin/Puan/Cik

Sukacita dimaklumkan bahawa Tiaranita Terengganu akan menganjurkan Pertandingan Bowling pada 3 Mei 2014

Bagi anda yang berminat, sila hubungi atau emailkan ke urusetia pendaftaran :

Fatihayah Kamaruzaman @ 013-9973909
Sanisah Zakaria @  013-9325121
W Nur Hanan W Zulkifli @  013-9281225