Showing posts with label kebajikan. Show all posts
Showing posts with label kebajikan. Show all posts
Tuesday, 22 July 2014
Thursday, 25 October 2012
BANTUAN IBU TUNGGAL & BANTUAN PERSEKOLAHAN SESI TAHUN 2013
TAWARAN TERBUKA KEPADA AHLI-AHLI YANG LAYAK DAN MEMENUHI SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SEPERTI BERIKUT :
1. Terbuka kepada ahli TIARANITA seluruh Malaysia yang telah menjadi ahli sekurang-kurangnya tiga bulan (potongan gaji untuk yuran bulanan telah dibuat pada/sebelum 31 Ogos 2012).
2. Gaji pokok suami dan isteri tidak melebihi RM4,000 sebulan.
3. Bagi Ibu Tunggal gaji pokok tidak melebihi RM4,500 sebulan.
4. Mempunyai tiga atau lebih anak yang bersekolah rendah dan ke atas (tidak termasuk di Tadika/Pra-sekolah).
5. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang belum pernah menerima bantuan.
6. Sekiranya pemohon mempunyai gaji pokok melebihi dari kriteria yang telah ditetapkan tetapi ingin memohon, sila beri justifikasi di Lampiran B.
7. Keputusan dan pemilihan adalah MUKTAMAD.
8. Borang Permohonan adalah seperti lampiran. Borang juga boleh didapati daripada wakil-wakil TIARANITA di lokasi-lokasi berikut:-
Lokasi
|
Anggota
|
No. telefon
|
Lembah
Klang
|
Amiraf Zuki
|
03
2240 4670
|
Kedah/Perlis
|
Hazliza
Haron
|
04 720 2213
|
Pulau
Pinang
|
Roshidan
Sani
|
04 827 1123
|
Perak
|
Juliyana Yacob
|
05 249 9859
|
Pahang
|
Nur
Hana Mhd Pilus
|
09-5129155
|
Kelantan
|
Muria Hj Abu Bakar
|
09 741 5556
|
Terengganu
|
Asiah
Chik
|
09 620 2226
|
Johor
|
Dainawati
Noor Ariff
|
07 228 1001
|
Negeri
Sembilan
|
Azlina
Mohd Toffick
Suliza
Abd Halim
|
06 765 1661
06 7671525
|
Melaka
|
Norhaiza
Mohd Zainuddin
|
06-252 2873
|
Sabah
|
Jenny
John
|
088 29 9370
|
Sarawak
|
Ariati
Suradi
|
082-203909
|
Tarikh tutup penerimaan permohonan ialah pada 5 November 2012 (ISNIN).
Sila hantar/pos borang yang lengkap ke alamat berikut:
Sekretariat Bantuan Sekolah TIARANITA
d/a Capital Accounting Subsidiaries,
TM Finance, , Tingkat 11, TM Annexe 2,
Jalan Pantai Baharu
50672 KUALA LUMPUR
UP: AMIRAF ZUKI
Terima kasih.
TIARANITA
Saturday, 23 June 2012
ZIARAH DAN SUMBANGAN DARI TIARANITA CAWANGAN TERENGGANU.
Pada 22 Jun 2012, Tiaranita Cawangan Terengganu yang di ketuai oleh Presiden Tiaranita Cawangan Terengganu, Pn. Hajjah Siti Salwah Haji Ahmad isteri Tn Haji Hamidun Ismail (Pengurus Besar Negeri), Setiausaha dan AJK telah melakukan lawatan ke Rumah Pn. Rokiah Abd Rahman yang baru kehilangan suami tersayang pada Januari 2011 yang lalu akibat sakit kencing manis.
Ziarah kami diteruskan ke Rumah Pn.Fatimah Deraman isteri Encik Ghani yang terlantar sakit dan koma untuk penyakit Asma selama lebih dari 3 tahun lepas. Bermula pada April 2009 beliau telah tidak dapat menyambung pekerjaan sebagai cleaner di TM Terengganu.
Pihak Tiaranita telah menyampaikan sedikit sumbangan kewangan dan barangan kepada Pn.Rokiah Abd Rahman dan Pn Fatimah Deraman.Marilah kita sama sama mendoakan agar mereka tabah dan sabar dalam menghadapi ketentuan Allah diatas kehilangan suami tersayang dan semoga cepat sembuh dari penyakit yang dideritai selama ini agar dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa. InsyaAllah.
Friday, 25 May 2012
SUMBANGAN MESIN BASUH KE ASRAMA ANAK-ANAK YATIM DARUL FALLAH BUKIT PAYONG KUALA TERENGGANU.
Pada 24 Mei 2012, Tiaranita Nasional bersama Tiaranita Cawangan Terengganu telah membuat kunjungan ke Asrama Anak Yatim Bukit Payong Kuala Terengganu . Kunjungan ini telah dihadiri oleh YBhg Datin Nurbaya Abu Bakar, Timbalan Presiden Tiaranita Nasional dengan diiringi oleh Presiden Tiaranita Cawangan Terengganu Pn Hajjah Siti Salwah Haji Ahmad dan AJK Tiaranita Terengganu. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk membuat penyerahan 4 (empat) buah mesin basuh yang disumbangkan termasuk secara individu untuk anak yatim piatu yang memerlukan ini.
Rumah dan sekolah anak yatim ini menempatkan lebih 180 orang. Golongan anak-anak yang terdiri dari yatim dan yatim Piatu, dari golongan fakir dan miskin .di 2 buah asrama lelaki dan perempuan. Di anggarkan perbelanjaan sebulan untuk menampung keperluan makan minum, pelajaran, harian adalah sejumlah RM 75,000.00.
Oleh yang demikian Warga TM ingin memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk sama-sama berkongsi dan menyumbang bakti bagi membela dan memelihara kebajikan anak-anak yatim ini agar mereka ini menjadi manusia yang berguna di masa hadapan kepada negara, agama dan bangsa.
Subscribe to:
Posts (Atom)