Program Sesi Lawatan dan Penyampaian Sumbangan
kepada anak-anak Madrasah Tahfizil Quran Darul Solah di Taman Permai Jaya,
Jalan Air Putih 24000 Kemaman Terengganu, Kemaman, Terengganu telah diadakan
pada 10 Mac 2014 yang lalu. Tiaranita Terengganu telah mewakili Tiaranita
Nasional bagi menyampaikan Sumbangan Kewangan bagi meringankan beban yang
ditanggung semasa kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini. Seramai 20
orang pelajar yang mengikuti Pembelajaran Tahfiz dan 7 (tujuh) orang
diantaranya adalah pelajar dari Negara jiran Kampuchea serta 2 (dua) orang
Ustaz yang mengendalikan pembelajaran ini.
Dalam sesi lawatan itu, Ustaz turut menerangkan
diantara barangan yang rosak dan hanyut pada kejadian banjir tempohari adalah
rak buku dan kabinet, kitab-kitab pengajian, kerusi belajar dan juga karpet.
Penyampaian Sumbangan telah disempurnakan oleh Presiden Tiaranita
Terengganu, Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad bersama barisan Ahli Jawatankuasa
dan Ahli Tiaranita Terengganu yang turut serta dalam sesi lawatan tersebut. Semoga hasrat murni ini akan diberkati oleh Allah SWT dan
dapat meringankan beban yang ditanggung serta dapat mengeratkan persaudaraan
sesama umat Islam dan kecintaan untuk mempelajari kalam Allah SWT akan
terus bercambah dari sehari ke sehari.
No comments:
Post a Comment