Warga Tiaranita Dan TM Terengganu yang disayangi,
“HEALTH MAKEOVER & HIJABISTA STAILISTA” anjuran Tiaranita Terengganu adalah merupakan satu Program
yang akan mendedahkan mengenai “Penjagaan Kulit yang Bersih & Sihat serta
Penampilan Diri” secara taklimat/demo dan praktikal. Disamping itu
program ini juga akan memberi peluang kepada ahli secara “hands-on”. Imej
seseorang individu itu adalah merupakan hasil kombinasi perwatakan pemikiran,
etika berpakaian dan penampilan yang ditunjukkan. Cara berpakaian dan
penampilan yang ditunjukkan akan memberi kesan dalam menentukan sejauh mana
keperibadian, kewibawaan dan tahap profesionalisme yang boleh diberikan kepada
pelanggan dalam dan luar Organisasi TM. Imej penampilan yang kemas, profesional
dan beretika akan memberikan persepsi positif dan keyakinan masyarakat setempat
dan pelanggan dalam berurusan pada setiap masa dan dimana juga. Ahli yang turut
serta akan dapat melakukan aktiviti secara paktikal dengan dibantu oleh
Perunding Kecantikan dan Keterampilan Korporat yang berpengalaman dari Kuala
Lumpur.
Kelas yang ditawarkan adalah terhad
kepada 30 orang sahaja.
Bagi anda yang berminat, sila
hubungi atau emailkan ke:
Puan Hajjah
Anisah Sulaiman @ 013-9405432
Cik Faten
Syuhada Binti Mohd Sharin Aka Zawawi @ 0112 9484237
W Nur Hanan
Binti W Zulkifli @ 013-9281225
Cepat,jangan lepaskan peluang ini!!!!!
No comments:
Post a Comment