Sunday 22 April 2018

Hi-Tea Dan Sesi Ramah Mesra Bersama SGM TM Terengganu

Assalamualaikum wbt.

Pada  12 April 2018, pihak Tiaranita telah menganjurkan satu sesi Hi-Tea dan Ramah Mesra Bersama SGM TM Terengganu iaitu Encik Mohd Yazid Abd Manaf di Dewan Berlian, Permai Hotel Kuala Terengganu.





Majlis yang bermula pada jam 3:00 petang itu telah dihadiri seramai 62 orang ahli Tiaranita Terengganu yang kesemuanya cantik-cantik menggayakan pakaian mengikut tema berwarna Ungu dan Putih seperti yang ditetapkan.















Majlis ini juga telah diserikan lagi dengan pengisian rohani yang disampaikan oleh Ustazah Dr. Nor Salimah Abu Mansor, seorang pensyarah dari Fakulti Kontemporari UniSZa yang bertajuk 'Bersihkan Jiwa Sucikan Hati'.




Puan Presiden Tiaranita Terengganu, Puan Haizan Hassan juga telah mengambil peluang untuk menyampaikan ucapan. Sesuai dengan majlis santai bertemakan Hi-Tea, beliau sempat memperkenalkan diri serta menceritakan serba sedikit latar belakang diri dan pendidikan beliau. Ini adalah untuk memberi ruang kepada ahli yang hadir mengenali beliau dengan lebih dekat dan mesra lagi.

 Ahli yang hadir ke majlis ini turut diraikan dengan jamuan makan, penyampaian beberapa anugerah khas Presiden, anugerah pakaian tercantik dan juga cabutan bertuah. Puan Presiden juga telah mengambil peluang untuk menyampaikan watikah perlantikan Ahli Jawatankuasa Tiaranita Terengganu bagi tahun 2018/2020 di dalam majlis ini.

*cabutan bertuah*

*cabutan bertuah*

*Sesi menjamu selera*

*sesi menjamu selera*

*sesi menjamu selera*

Tetamu VIP sedang menjamu selera

*sesi menjamu selera*

*sesi menjamu selera*

*sesi menjamu selera*

*Penyampaian watikah perlantikan*

 *Penyampaian watikah perlantikan*

 *Penyampaian watikah perlantikan*

 *Penyampaian watikah perlantikan*

 *Penyampaian watikah perlantikan*

 *Penyampaian watikah perlantikan*

Anugerah Khas Presiden -  Anugerah Tiara Terbilang
Penerima anugerah : Noor Afadilla Binti Mohd Hanaffiah

 Anugerah Khas Presiden - Anugerah Tiara Pejuang 
Penerima anugerah : Fazilah Binti Mohamed @ Abu Bakar

 Anugerah Khas Presiden - Anugerah Tiara Maya
Penerima anugerah : Che Zaiton Binti Talib (gambar wakil)

Pemenang pakaian tercantik Tiara

Di majlis ini juga, SGM TM Terengganu yang juga Tuan Penasihat Tiaranita turut memberikan sepatah dua kata.


Majlis turut diserikan dengan nyanyian beramai-ramai lagu rasmi Tiaranita, 'Salam Keibuan' dengan penuh bersemangat oleh kesemua tetamu yang hadir.






Sebelum majlis berakhir, tetamu yang hadir sempat mengambil beberapa keping gambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan yang mungkin tidak dapat dilupakan.





Majlis yang gilang-gemilang ini tamat pada jam 6:00 petang. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir ke majlis ini dan syabas kepada semua AJK dan individu yang terlibat dalam menjayakan majlis yang meriah ini. Tahniah kepada semua yang telah bertungkus-lumus mambanting tulang dan idea dalam masa seminggu untuk memastikan majlis ini berjalan lancar. 

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada Puan Presiden yang banyak memberikan sokongan serta Tuan Penasihat yang sudi turun padang untuk sama-sama menyaksikan persiapan majlis bersama AJK. Semoga ukhuwah yang terjalin ini akan terus kekal harmoni selamanya. Insya ALLAH.