Tuesday 30 April 2013

Tiaranita Terengganu sertai Hari Tiaranita ke-20 2013


Hari Tiaranita 2013 di Kuala Lumpur pada 27 hingga 28 April 2013 ( Sabtu- Ahad ). Hari Tiaranita 2013 disambut meriah, merupakan tahun istimewa dan bersejarah dimana TIARANITA menyambut ulang tahun penubuhan yang ke-20. Sambutan Hari Tiaranita di sambut meriah dalam  beberapa program yang telah dirancang, yang akan memberi  munafaat kepada semua ahli yang hadir. Majlis “Bicara Ilmu – Hati Jauh Tapi Rindu"  yang dikongsikan oleh Pakar-pakar ilmuan, program “Healthy Living & De- Stress” bersama Kevin Zahri dan “Bicara Wanita” bersama Prof Dr Muhaya.





Berkesempatan ini Tiaranita Terengganu telah membuka Gerai Jualan seperti Keropok Lekor Vakum, keropok keping, popia ,tudung , kain batik, Sutera dan barangan buatan dari Terengganu. Seramai 26 orang ahli Tiaranita Terengganu yang hadir yang di ketuai oleh Hajjah Siti Salwah Haji Ahmad , Presiden Tiaranita Terengganu. Turut hadir memberikan sokongan dari Haji Hamidun Ismail, SGM TM Terengganu dalam rombongan Tiaranita Terengganu. Semoga semangat kerjasama, dan Team Power dari ahli –ahli Tiaranita akan terus berpanjangan di masa-masa akan datang. Syabass Tiaranita TM Terengganu Power sokmo!!!










Wednesday 3 April 2013

Happy Birthday Puan Hajjah Siti Salwah Haji Ahmad


Salam

Happy Birthday to Puan Hajjah Siti Salwah Haji Ahmad – 03 April 2013. 

Semoga   Allah S.W.T melimpahkan Taufik & hidayahnya pada Puan Hajjah Siti Salwah Haji Ahmad . Dihari  meniti hari & usia,  kuatkanlah kesihatan tubuh badan , berkatilah, lapangkan dada, berilah ketabahan, limpahkan rezeki, panjangkan umur, kuatkan iman serta mendapat keberkatan dalam segala usaha  dan aktiviti harian dari Allah S.W.T.