Friday 17 May 2013

KEM REMAJA GENIUS


Salam Warga Tiaranita,

Adalah dimaklumkan bahawa KEM REMAJA GENIUS akan diadakan pada 4-6 JUN 2013 (3 hari 2 malam).

Penyertaan adalah terbuka kepada anak-anak ahli dan bukan ahli Tiaranita. Had umur peserta adalah 12 hingga 18 tahun (lelaki & perempuan).

Untuk makluman juga, bayaran yuran yang dikenakan merangkumi penginapan yang selesa kepada peserta, pengangkutan ke training centre dan makan & minum.

Untuk menyertai kem ini, sila berhubung dengan AJK Tiaranita seperti berikut :
  •         Haraza Abd Rahman (013-3401858)  
  •         Nora Hj Abd Kadir  (013-3396220)
  •         Masdah Mohd Nasir (013-3428740) 
Sila rujuk poster di bawah untuk maklumat lanjut.

Sekian. Terima Kasih.



Tuesday 14 May 2013

TAUTAN KASIH TIARANITA TERENGGANU DAN KEDAH/PERLIS


Sesi bertukar pengalaman antara Presiden Tiaranita Terengganu dan Kedah Perlis. 


Pada 12 Mei 2013 ( Ahad ), Kunjungan mesra Pengurus Besar Kedah Perlis merangkap Presiden Tiaranita Kedah Perlis Puan Noor Lela Baba ke Terengganu. 

Satu majlis ramah mersa antara dua Presiden Tiaranita Terengganu dan Kedah Perlis serta Ahli Jawatan Kuasa Tiaranita Terengganu yang di adakan di bilik mesyuarat TM Point , Bangunan TM  Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu. 

Sesi bertukar pengalaman antara dua presiden ini, banyak memberi penambahbaikan kepada perancangan aktiviti Tiaranita yang akan di laksanakan. 

Majlis ringkas, tetapi amat bermakna kepada ke dua Presiden Tiaranita ini. Hasil dari perkongsian idea dan pengalaman ini, akan menjadi satu platform, arah tuju yang lebih cemerlang kepada Tiaranita Terengganu di bawah pimpinan Puan Hajjah Siti Salwah Haji Ahmad sebagai Presiden Tiaranita Terengganu.