Thursday 27 March 2014

Barisan Jawatankuasa Kepimpinan Tiaranita Terengganu 2014-2016

Lanjutan daripada Mesyuarat Agung Kali Ke-8 Sesi 2014-2016 yang telah berlangsung pada 19 Feb 2014 dan Mesyuarat AJK Pertama pada 26 Feb 2014,berikut adalah Senarai Barisan Jawatankuasa Kepimpinan Tiaranita Terengganu yang akan menyahut cabaran “FOR THE CHANGE”…. 

Syabas dan Tahniah diucapkan diatas Pemilihan dan Perlantikan ini.

Tuesday 11 March 2014

Sesi Lawatan dan Penyampaian Sumbangan kepada anak-anak Madrasah Tahfizil Quran Darul Solah

Program Sesi Lawatan dan Penyampaian  Sumbangan kepada anak-anak Madrasah Tahfizil Quran Darul Solah di Taman Permai Jaya, Jalan Air Putih 24000 Kemaman Terengganu, Kemaman, Terengganu telah diadakan pada 10 Mac 2014 yang lalu. Tiaranita Terengganu telah mewakili Tiaranita Nasional bagi menyampaikan Sumbangan Kewangan bagi meringankan beban yang ditanggung semasa kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini.  Seramai 20 orang pelajar yang mengikuti Pembelajaran Tahfiz dan 7 (tujuh) orang diantaranya adalah pelajar dari Negara jiran Kampuchea serta 2 (dua) orang Ustaz yang mengendalikan pembelajaran ini.

Dalam sesi lawatan itu, Ustaz turut menerangkan diantara barangan yang rosak dan hanyut pada kejadian banjir tempohari adalah rak buku dan kabinet, kitab-kitab pengajian, kerusi belajar dan juga karpet.

Penyampaian Sumbangan telah disempurnakan oleh Presiden Tiaranita Terengganu, Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad bersama barisan Ahli Jawatankuasa dan Ahli Tiaranita Terengganu yang turut serta dalam sesi lawatan tersebut. Semoga hasrat murni ini akan diberkati oleh Allah SWT dan dapat meringankan beban yang ditanggung serta dapat  mengeratkan persaudaraan sesama umat Islam dan kecintaan  untuk mempelajari kalam Allah SWT akan terus bercambah dari sehari ke sehari.