Program anjuran Tiaranita Terengganu dibawah Biro Pendidikan
dan Intelektual ini adalah merupakan satu Program yang mendedahkan mengenai
“Penjagaan Kulit yang Bersih & Sihat serta Penampilan Diri” secara
taklimat/demo dan praktikal. Di samping
itu program ini juga telah memberi peluang kepada ahli secara “hands-on”. Imej
seseorang individu itu adalah merupakan hasil kombinasi perwatakan pemikiran,
etika berpakaian dan penampilan yang
ditunjukkan. Ahli Tiaranita yang turut serta telah berjaya melakukan aktiviti
secara paktikal dengan dibantu oleh Perunding Kecantikan dan Keterampilan
Korporat yang berpengalaman dari Kuala Lumpur. Demo pemakaian tudung dan
selendang juga turut diadakan bagi penampilan imej baru kepada peserta. Program ini telah disempurnakan oleh Presiden
Tiaranita Terengganu, Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad. Turut hadir adalah
Puan Hajah Wan Adouni (isteri Pengurus Besar ND Timur) dan Puan Hawa Abd
Rahman, Timbalan Pengerusi Usahanita Terengganu. Seramai 29 orang Ahli
Tiaranita yang menghadiri program ini.
Para peserta
bergambar kenangan bersama Puan Presiden Tiaranita Terengganu & Perunding
Kecantikan dan Keterampilan Korporat.
Semoga program ini mendapat manafaat dan melonjakkan usaha
dan semangat berkerja bagi mencapai sasaran yang ditetapkan seiring dengan TM
Game Changer. Tiaranita Terengganu penuh yakin dan percaya bahawa melalui
program yang diadakan ini, ianya sedikit sebanyak akan dapat membantu
pertumbuhan TM Terengganu melalui keyakinan pelanggan kepada anggota TM apabila
berurusan dengan menampilkan cara berpakaian,
keperibadian, kewibawaan dan tahap profesionalisme yang boleh diberikan
kepada pelanggan dalam dan luar Organisasi TM. Imej penampilan yang kemas,
profesional dan beretika akan memberikan persepsi positif dan keyakinan
masyarakat setempat dan pelanggan dalam berurusan pada setiap masa dan dimana
juga.
SYABAS dan TAHNIAH kepada Biro Pendidikan dan Intelektual
yang telah merealisasikan program yang sangat bermanafaat.
No comments:
Post a Comment