Pada 21 Mei 2014, Sesi Temu Mesra
AJK Tiaranita Terengganu 2014-2016 dengan Setiausaha Kehormat Tiaranita
Nasional telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 3, Jalan Sultan Ismail Kuala Terengganu.
Presiden Tiaranita Terengganu,
Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad telah memperkenalkan Barisan AJK Tiaranita Terengganu
2014-2016 kepada Setiausaha Kehormat Tiaranita Nasional, Puan Zaleena Abd Ghani
dan juga perkongsian perancangan aktiviti Tiaranita Terengganu bagi tahun 2014.
Lagi berita dan gambar aktiviti.
Sesi bersama Setiausaha Kehormat Tiaranita
Nasional ini telah mendapat manafaat dan melonjakkan usaha dan semangat bagi membantu
pertumbuhan TM Terengganu pada setiap
masa dan di mana juga dan ianya juga telah meninggalkan KENANGAN TERINDAH buat
semua Ahli Jawatankuasa Tiaranita Terengganu.
SYABAS dan TAHNIAH kepada semua
AJK Tiaranita Terengganu yang terlibat dalam sesi ini.
No comments:
Post a Comment