Monday, 2 June 2014

“MAJLIS SAMBUTAN HARI IBU" ANJURAN USAHANITA TERENGGANU



Pada 23 Mei 2014 (Jumaat), Tiaranita Terengganu telah dijemput ke Majlis Hi Tea Sambutan Hari Ibu anjuran Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia  (USAHANITA ) Terengganu bertempat di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu.

Program tersebut telah menampilkan personaliti istimewa iaitu YBhg. Dato’ Nur Zamshuri Ramli Selebriti, Motivator dan DJ Radio IKIM FM. Objektif program ini adalah untuk mengajak para masyarakat untuk menghayati dan menghargai jasa dan pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu, bak kata pepatah benarlah ”tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia”. Tema Program Majlis Sambutan Hari Ibu ini adalah “Ibu di Hati, Syurga Menanti”.



Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YABhg.  To’ Puan Hajah Halina Zakaria, Isteri Menteri Besar Terengganu. Turut hadir, Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad, Presiden Tiaranita Terengganu.  Dalam pada itu, program berkenaan turut menyaksikan acara penyerahan cek sumbangan Usahanita Cawangan Kuala Terengganu, persembahan anak-anak Tahfiz dan persembahan anak-anak yatim daerah Kuala Terengganu. Seramai 10 orang ahli Tiaranita telah bersama-sama menjayakan Program ini dan semoga aktiviti ini akan dapat memperkenalkan TIARANITA Terengganu dengan lebih dekat lagi dan bagi mengeratkan hubungan baik (engagement) dengan Persatuan dan NGO’s di Negeri Terengganu ini.







SELAMAT HARI IBU diucapkan buat semua. 

No comments:

Post a Comment