Pada 25 Mei 2014, Tiaranita
Terengganu dibawah Biro Kebajikan dan Keagamaan telah menganjurkan Program
Kelas Masakan Nasi Arab Sempena ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak. Kelas
masakan nasi arab ini telah dikendalikan oleh Chef Ariffin dari Hotel Primula
yang mempunyai pengalaman dalam bidang masakan Tradisional, barat dan lain-lain
melebihi 30 tahun.
Program ini telah disempurnakan
oleh Presiden Tiaranita Terengganu, Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad. Turut
hadir adalah Puan Hawa Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Usahanita Terengganu
dan Puan Hajah Norma Omar (Isteri Pengurus Besar NMO Timur). Seramai 27 ahli
Tiaranita dan bukan ahli telah bersama-sama menjayakan Program ini dan telah
mendapat sambutan yang amat luar biasa.
Lagi berita dan gambar aktiviti.
Objektif utama program ini diadakan
adalah untuk memberi latihan kemahiran dari segi teori dan amali juga memberi
latihan lanjutan bagi meningkatkan kemahiran ahli Tiaranita dalam bidang
masakan. Program ini bukan sahaja
mendapat sambutan daripada warga Tiaranita Terengganu, malah ahli luar dan
badan-badan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) juga turut bersama-sama dalam
menjayakan program ini disamping mengekalkan ukhwah serta silaturrahim antara
ahli Tiaranita dan badan-badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Semoga program
ini mendapat manafaat dan merupakan platform terbaik dalam memupuk semangat
keharmonian dan mengeratkan hubungan sesama wanita.
SYABAS dan TAHNIAH kepada Biro
Kebajikan dan Keagamaan yang telah merealisasikan program yang sangat
bermanafaat.
No comments:
Post a Comment