Wednesday 23 September 2015

TIARANITA TERENGGANU DI MAJLIS SAMBUTAN HARI WANITA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2015

Pada 22 September 2015 Tiaranita Terengganu yang diketuai oleh Pn. Hajah Siti Salwah Hj Ahmad, Presiden Tiaranita Terengganu beserta dengan ahli-ahli dan AJK seramai 10 orang telah pun menghadiri “ Program Sambutan Hari Wanita Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu 2015 “ bertempat di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. 

Tiaranita Terengganu telah mendapat jemputan bagi sama-sama memeriahkan lagi program yang telah diatur dan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu Bersama Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu. Program ini telah disempurnakan perasmiannya olah YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu dan turut hadir sama YABhg To’ Puan Seri Hajah Halina bt Zakaria, isteri Menteri Besar Terengganu.


Berbagai aturcara telah pun diadakan sempena dengan majlis sambutan ini dan diantaranya ialah ceramah daripada Ikon Usahawan Wanita “ Iron Lady Malaysia “YBhg Datuk Maznah bt Hamid, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce.  Banyak tips-tips serta kata-kata motivasi yang telah diberikan oleh beliau bagi wanita-wanita yang bersemangat ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya.  Di samping ceramah tersebut  “ Pertandingan Peragaan Busana Muslimah “ juga telah diadakan serta jualan langsung yang menjual barangan seperti kain sutera, makanan ringan dan lain-lain lagi.  Majlis ini telah berlangsung dengan penuh meriah dan harmoni sekali. Majlis telah berakhir pada jam 2.30 petang.

















No comments:

Post a Comment