Thursday 24 September 2015

PRESIDEN TIARANITA TERENGGANU MENERIMA PLUG PENGHARGAAN DARIPADA YABHG TO' PUAN SERI HAJJAH HALINA ZAKARIA, ISTERI MENTERI BESAR TERENGGANU

SYABAS & TAHNIAH buat Presiden dan seluruh warga Tiaranita Terengganu yang telah menerima   Plug Penghargaan  dari YABhg To Puan Seri Hajjah Halina bt Zakaria, isteri Menteri Besar Terengganu di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 22 September 2015 (Selasa).

Plug Penghargaan Terunggul yang amat berprestij ini  telah memberi penghormatan kepada Tiaranita Terengganu diatas segala jasa baik, idea dan tenaga khususnya dalam memberi sokongan, bantuan dan komitmen kepada Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman.   Dengan penghargaan ini ianya telah dapat memartabatkan Persatuan  TIARANITA TERENGGANU  sebagai salah satu persatuan pilihan dan di iktiraf  Kerajaan Negeri Terengganu kerana telah memenuhi kriteria pengurusan dan pentadbiran yang berkesan dalam membantu segala aktiviti dan program-program NGO yang dijalankan di negeri Terengganu Darul Iman khususnya.

Penghargaan ini turut juga mengambilkira kecemerlangan TM Terengganu dan Tiaranita Terengganu dalam menyemarakkan semangat kerja berpasukan dan mempunyai semangat TEAM POWER dikalangan ahli dan anggota TM Terengganu bagi membangunkan kecemerlangan keseluruhan organisasi. Penghargaan ini juga bersandarkan kepada komitmen Penaung Tiaranita Terengganu, Presiden Tiaranita Terengganu, Ahli Jawatankuasa Induk serta ahli-Ahli  dalam membantu dan memberi sepenuh komitmen kepada program-program yang dapat memberi manafaat kepada seluruh ahli Tiaranita Terengganu.

Dengan mengetengahkan slogan SEMANGAT DAN CARA KERJA YANG LUAR BIASA AKAN MENGHASILKAN KEPUTUSAN YANG LUAR BIASA serta TEAM WORK IS MAGIC.!! telah membuktikan kecemerlangan ini. Semoga Penghargaan dan Pengiktirafan Ini akan menjadi rangsangan yang amat berguna dan  akan dapat menjadi pembakar semangat kepada semua ahli-ahli Tiaranita Terengganu dan terus mempertingkatkan lagi aktiviti dan program dimasa-masa akan dating serta meningkatkan prestasi kerja  Tiaranita Terengganu dan prestasi organisasi keseluruhannya. 

Diharapkan Penghargaan ini terhadap ahli- ahli tiaranita dan anggota wanita TM terengganu dalam mempertingkatkan cara dan mutu kerja . Diharapkan dengan pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan boleh dijadikan sebagai motivator dan suntikan semangat agar tiaranita terengganu akan berusaha dengan lebih gigih dan cemerlang lagi pada masa akan datang.

SYABAS DAN TAHNIAH buat seluruh warga Tiaranita Terengganu diatas pencapaian ini.






No comments:

Post a Comment