Saturday 3 October 2015

TIARANITA TERENGGANU MENYERTAI PROGRAM WALK-A-PAYUNG

Pada 02 Oktober  2015, Tiaranita Terengganu telah menyertai Program Walk – A-Payung  bertempat di Taman Rekreasi Awam Batu Burok, Kuala Terengganu. Tiaranita Terengganu telah disertai oleh 4 (empat) orang yang terdiri dari ahli, AJK dan Isteri . Walk-A-Payung adalah satu aktiviti outdoor yang boleh disertai oleh semua iaitu pesakit, ahli keluarga, pelajar, kanak-kanak dan juga orang awam. Setiap penyertaan telah diberikan sehelai t-shirt Walk-a-Payung, payung Walk-a-Payung dan juga cenderahati. 

Setiap peserta telah berjalan sejauh 2.5km - 3km dengan menggunakan payung. Aktiviti ini bertujuan menyedarkan masyarakat bahawa pesakit mesti mengelak daripada terkena cahaya matahari untuk mengelak daripada terkena radang pada kulit. Ia juga untuk mengutip dana untuk aktiviti-aktiviti kebajikan bagi pesakit SLE. Selain itu, program ini juga dapat mewujudkan hubungan erat di antara pesakit, orang awam dan juga pakar-pakar perubatan. 

Objektif Walk-a-Payung adalah 
i) Mewujudkan kesedaran dan pengetahuan kepada orang ramai tentang SLE 
ii) Mengumpul ahli keluarga dan masyarakat bagi memberikan sokongan kepada pesakit SLE 
iii) Memberikan pendedahan bahawa betapa perlunya pesakit-pesakit SLE menggunakan payung ketika cuaca panas 
iv) Mengumpul dana bagi membantu pesakit-pesakit SLE yang memerlukan bantuan kebajikan 
v) Mendekatkan pesakit dengan keluarga dan pakar perubatan agar mereka lebih bersedia  dengan ancaman dan risiko yang bakal dihadapi oleh pesakit SLE.  

Syabas Kepada semua yang telah menyertai program ini.







No comments:

Post a Comment