Monday 5 October 2015

TIARANITA TERENGGANU DALAM PROGRAM KUNJUNGAN BALAS KE TIARANITA KELANTAN DAN LAWATAN KE RUMAH HIJAU & RANTAU PANJANG

Pada 03 Oktober 2015 (Sabtu) Tiaranita Terengganu telah mengadakan Program Kunjungan Balas Tiaranita Terengganu ke Tiaranita Kelantan bertempat di Ibusawat TM Kota Bharu Kelantan dan ke Rantau Panjang. 
  
Rombongan dari Tiaranita Terengganu pula telah diketuai oleh Tn. Hj. Hamidun Ismail, Pengurus Besar TM Terengganu, Merangkap Penasihat Tiaranita Terengganu dan juga Pn. Hjh. Siti Salwah bt Hj, Ahmad, Presiden Tiaranita Terengganu.  Seramai 35 orang peserta yang diwakili oleh AJK Induk, ahli-ahli dan juga isteri-isteri Tiaranita Terengganu telah menyertai program yang julung-julung kali diadakan ini.

Kunjungan ke Ibusawat TM Kota Bharu Kelantan ini telah di sambut baik oleh Pengurus Besar Kelantan, Tn. Hj. Abd Rashid Che Othman Merangkap Penasihat Tiaranita Kelantan beserta isterinya Pn. Hajjah Norizan Ibrahim, Presiden Tiaranita Kelantan serta AJK dan ahli-ahli dari Tiaranita Kelantan.

Dalam perjalanan ke Kota Bharu Kelantan, pelbagai aktiviti menarik telah pun disusun semasa didalam bas dan antaranya ialah mengadakan sesi soal jawab, sesi perkongsian dan cabutan bertuah. Suasana didalam bas amatlah ceria dan menyeronokkan sekali dengan penglibatan semua peserta rombongan dan di selitkan sekali dengan ucapan oleh Penasihat dan Presiden Tiaranita sendiri. 
Lawatan  Ke Rumah Hijau yang terkenal dengan perniagaan Dodol juga turut diadakan dan destinasi seterusnya ke Rantau Panjang Rantau Panjang yang merupakan sebuah pekan yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand yang terletak di utara negeri Kelantan dalam kawasan barat jajahan Pasir Mas. Rantau Panjang berada 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran dengan Sungai Golok, Thailand. Rantau Panjang dikenali ramai sebagai kawasan zon bebas cukai yang terkenal dengan pelbagai barangan jualan dan cenderahati.

SYABAS DAN TAHNIAH buat Biro Keahlian dan Rekreasi diatas kejayaan mengadakan  program ini dan semoga ianya dapat dijadikan platform untuk mengadakan lebih banyak aktiviti sebegini di masa-masa akan datang.  Dengan berbekalkan cogan kata dan semangat TEAM WORK IS MAGIC!! segala perancangan akan menjadi kenyataan.



























No comments:

Post a Comment