Thursday 26 November 2015

Tiaranita Terengganu di Majlis Sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2015

Pada 25 November  2015 (Rabu) bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tgh bertempat di Ruang Legar Mydin Wholesale Hypermarket, Gong Badak, Kuala Terengganu , Tiaranita Terengganu telah menyertai Majlis Sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2015 anjuran bersama Kerajaan Negeri Terengganu dan Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu dengan kerjasama MYDIN Mall, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Amanita (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat; dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Dalam konteks memperkasakan wanita, usaha untuk membendung dan mengurangkan keganasan terhadap wanita memerlukan penglibatan dan kerjasama bersepadu bukan sahaja dalam kalangan Agensi-agensi Kerajaan semata-mata tetapi juga penglibatan pihak swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Program ini telah dihadiri oleh Presiden Tiaranita Terengganu, Puan Hajjah Siti Salwah Haji Ahmad. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YABhg. ToPuan Seri Hajjah Halina Zakaria, Isteri YAB Menteri Besar Terengganu. Semoga para peserta yang hadir akan dapat memanfaatkan segala input yang diberikan dan dapat dihayati, diamalkan, seterusnya disebarluaskan kepada keluarga, rakan-rakan serta masyarakat di luar sana.
















No comments:

Post a Comment