Wednesday 2 December 2015

Pada 1 Disember  2015, Selasa bermula jam 1.30 tgh-5.00 ptg bertempat di Dewan Seminar, Bangunan Kolej Maultimedia, Kompleks TM Medan Jaya , Tiaranita Terengganu Tiaranita Terengganu telah menganjurkan Majlis “Simfoni Cinta” Ukhuwah itu Indah bila Cinta Bertamu. Penceramah yang dijemput adalah Ustaz Muda berusia 17 tahun,  Ustaz Muhammad Aiman bin Ghazali dengan Ceramah Motivasi bertajuk “ WANITA IDAMAN SYURGA “

Majlis SIMFONI CINTA ini adalah merupakan aktiviti terakhir dan menutup tirai tahun 2015.
Tetamu Khas yang dijemput adalah Tuan Haji Hamidun Ismail, Pengurus Besar TM Negeri Terengganu Merangkap Penasihat Tiaranita Terengganu dengan diiringi Puan Hajjah Siti Salwah Haji Ahmad, Presiden Tiaranita Terengganu. Turut hadir pada majlis ini adalah Puan Hajjah Wan Adourni Wan Anuar, Isteri Pengurus Besar ND Timur dan Puan Aizam, Isteri Pengerusi NUTE Terengganu. Seramai 60 orang ahli Tiaranita yang hadir bagi menjayakan majlis simfoni cinta.

SYABAS!!! dan TAHNIAH, kepada semua yang hadir dan diharapkan program ini mendapat manafaat kepada semua.





































No comments:

Post a Comment