Thursday 7 January 2016

TIARANITA TERENGGANU MENGANJURKAN MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN IBU TUNGGAL DAN BANTUAN PERSEKOLAHAN SESI 2016

Pada 06 Januari 2016 (Selasa)  jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 3, Bangunan TM Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu,  Tiaranita Terengganu telah menganjurkan Majlis Penyampaian Bantuan Ibu Tunggal dan Bantuan Persekolahan Sesi 2016 kepada ahli tiaranita yang berkelayakan. Perihatin dengan nasib golongan yang memerlukan, Tiaranita Terengganu tampil menyalurkan sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM2,110.00 telah diperuntukkan melalui Tiaranita Nasional kepada penerima ini bagi membantu mereka, sekaligus meraikan kegembiraan dan keceriaan anak-anak untuk menghadapi sesi persekolahan 2016. Seramai tujuh orang (7) ahli telah menerima sumbangan ini.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Hamidun Ismail, Pengurus Besar TM Negeri Terengganu Merangkap Penasihat Tiaranita Terengganu, bersama-sama dengan Puan Hajjah Siti Salwah Haji Ahmad, Presiden Tiaranita Terengganu bagi menyampaikan bantuan kepada ahli yang layak dan terpilih.  Objektif utama majlis ini selain melaksanakan tanggungjawab sosial dan kebajikan kepada ahli ia adalah juga bagi memupuk dan mengeratkan perasaan kasih sayang (ukhuwah), tali persaudaraan dan keperihatinan diantara Ahli Jawatankuasa Tiaranita Terengganu dengan ahli-ahli Tiaranita Terengganu yang memerlukan.

TAHNIAH kepada semua penerima bantuan yang hadir dan diharapkan program ini mendapat manafaat kepada semua.
















No comments:

Post a Comment