Thursday 9 June 2016

Majlis Bacaan Yaasin Kaum Hawa TM Sempena Ramadhan Al Mubarak

Pada 8 Jun 2016 (Rabu) bermula jam 12.30 tengahari - 2.00 petang bertempat di Surau An Nur,  Kompleks TM Medan Jaya (IPK) Marang,    Tiaranita Terengganu bersama Bakit Muslimat TM Terengganu telah menganjurkan “ Majlis Bacaan Yaasin Kaun Hawa TM , Ahli-Ahli Tiaranita & Isteri-Isteri serta Ahli Bakit Muslimat “. Penceramah yang dijemput adalah Ustazah Norjihan dengan Ceramah bertajuk “ RAMADHAN DAN KEMATIAN “

Turut hadir ialah Presiden Tiaranita Terengganu,  Puan Hajjah Siti Salwah Haji Ahmad dan Pengerusi Bakit Muslimat, Puan Hajjah Wan Marina Abdullah .  Seramai 25 orang ahli Tiaranita dan Bakit Muslimat yang hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Semoga majlis yang dianjurkan ini mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah SWT. In syaa Allah.









No comments:

Post a Comment