Sunday 5 June 2016

Tiaranita Terengganu di Program Amal "Free Market TRG Kiter"

Pada 4 Jun 2016 (Sabtu) TIARANITA TERENGGANU telah menyertai Program Amal Free Market bertempat di Batu Rakit, Kuala Terengganu. Program ini bermula jam 10.00 pagi dan berakhir sekitar jam 12.00 tengahari. Seramai 3 orang mewakili Tiaranita Terengganu iaitu Cik Wan Nur Hidayah bt Wan Ismail (Penolong Setiausaha ) Pn. Zainab Ngah dan Pn. Norlelawati Mohamad (Ahli Jawatankuasa) telah turut serta didalam program amal ini.  Free Market atau Pasar Percuma ini adalah merupakan satu medium menyalurkan sumbangan terus kepada orang ramai yang memerlukan bantuan.
Program ini merupakan program berkala yang di anjurkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan persendirian. Melalui program ini penyumbang boleh menyampaikan sumbangan peribadi atau daripada dana kelab. Pengunjung dapat memilih barang keperluan mereka dengan lebih santai seperti muamalat yang biasa kita lihat di pasar-pasar. Cuma urusniaga adalah PERCUMA tanpa sebarang caj dikenakan kepada pengunjung.
Hebahan program ini adalah melalui WhatsApp Group (Pasor Percuma Ganu Kita PPGK) untuk penyumbang dan sukarelawan dan juga melalui Ketua Kampung / Imam Surau dan Masjid di kawasan Free Market diadakan untuk pengunjung yang memerlukan bantuan. Kali ini Dewan Serbaguna Wakaf Catur, Batu Rakit dipilih sebagai tempat berkumpul untuk pengagihan bantuan.

SYABAS!!! dan TAHNIAH, kepada semua yang hadir dan diharapkan program ini mendapat manafaat kepada semua.






No comments:

Post a Comment