Tuesday 21 June 2016

Tiaranita Terengganu di Majlis Penyampaian Alat Bantuan "Syringe Driver" kepada Puan Rosoilawati Mohd

Pada 21 Jun 2016,  Tiaranita Terengganu telah mengadakan Majlis Penyampaian Alat Bantuan "Syringe Driver" kepada Pn Rosoilawati Mohd bagi mewakili dua (2) orang anak beliau yang menghidapi penyakit Thalasemia Major iaitu adik Puteri Nur Syamimi berusia 16 tahun dan adik Puteri Nur Syafiqa berusia 13 tahun . Mesin Syringe Driver adalah  berfungsi untuk membuang zat besi daripada badan. Setiap kali tranfusion darah akan berlaku secara otomatik kemasukan zat besi. Bagi mengeluarkan zat besi tersebut,  syringe driver tersebut adalah perlu digunakan. Proses pembuangan zat besi ini adalah utk menggelakkan dari penyakit lain seperti zat besi akan melekat pada jantung, buah pinggang, hati yang akan mengakibatkan kerosakan pada organ-organ tersebut. Tiaranita Terengganu amat perihatin dan mendapat sokongan dan kerjasama dan kelulusan dari Maidam Terengganu bagi membekalkan alat bantuan tersebut.     

“ Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (al-Maidah: 2)


No comments:

Post a Comment