Monday 27 June 2016

Tiaranita Terengganu Menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Tahfiz, Ahli Keluarga dan Anggota TM Terengganu 2016

Pada 26 Jun 2016 (Ahad) , Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Tahfiz,  Ahli, Keluarga dan Anggota TM Terengganu 2016 telah diadakan di Batu Buruk Beach Resort . Program ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim tahfiz Madrasah Tarbiyyah Islamiah Darul Hijrah, Chendering dan juga beramah mesra bersama ahli, keluarga dan anggota TM Terengganu. Pengurus Besar Negeri TM Terengganu, Tuan Haji Hamidun Ismail dengan diiringi oleh  Presiden Tiaranita Terengganu , Puan Hajah Siti Salwah Hj Ahmad turut hadir dan memberi sumbangan cenderahati dan duit raya kepada anak-anak yatim tahfiz seramai 10 orang yang hadir pada majlis tersebut.  Antara yang turut hadir  adalah Penolong Pengurus Besar Property Operation Timur,Ahmad Nazri Naimudin dan Che Mohamad Zulkifli Che Lah, PR TM Terengganu.Seramai tujuh puluh satu (71)  orang yang terdiri dari ahli, anggota dan keluarga yang telah hadir di majlis ini.

Sesungguhnya mereka yang berpuasa sebenarnya sedang melaksanakan ibadat penting dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dan apabila melakukan ibadat wajib, maka dia akan turut sama melaksanakan amalan sunat yang lain. Firman Allah SWT yang bermaksud : “ Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati) : Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.” [Surah al-Insan: 8-9.] Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar. Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya. Sabda Baginda SAW:“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” [Hadis riwayat al-Tirmizi].
Insya Allah. Semoga segala usaha murni ini diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.





























No comments:

Post a Comment