Tuesday 14 June 2016

Tiaranita Terengganu Menganjurkan Majlis Jalinan Mesra Perpisahan Bersama Ahli Skim Mesra TM

SALAM SEJAHTERA WARGA TIARANITA TERENGGANU YANG DIKASIHI SEKALIAN...

TIARANITA Terengganu telah mengadakan Majlis Jalinan Mesra Perpisahan bagi meraikan ahli-ahli Tiaranita Terengganu yang mengambil Skim Mesra TM.  Majlis tersebut diadakan pada 13 Jun 2016 (Isnin) jam 3.00 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat Government, TM Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu.  Seramai 4 orang ahli yang dapat hadir di raikan beserta 14 orang AJK juga turut serta bersama-sama di majlis tersebut.  Presiden Tiaranita Terengganu, Pn. Hajah Siti Salwah Hj. Ahmad turut hadir dimajlis yang ringkas ini. Majlis berlangsung didalam suasana yang agak hiba memandangkan yang diraikan melahirkan perasaan yang bercampur baur kerana meninggalkan teman-teman seperjuangan serta berbagai kenangan pahit manis yang telah dilalui disepanjang berkhidmat dengan TM.  Sesungguhnya pengalaman tersebut amat bererti sekali di lipatan memori masing-masing. Presiden Tiaranita Terengganu, Pn. Hajjah Siti Salwah Hj. Ahmad turut memberi sedikit ucapan ringkas dan mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua yang diraikan dan berharap mereka akan lebih berbahagia kerana dapat memberi sepenuh masa dan tumpuan terhadap keluarga  tersayang dan ceria selalu hendaknya.  Semoga ikatan sillaturrahim diantara satu sama lain tidak terhenti setakat ini sahaja. Sedikit cenderahati kenang-kenangan dari Tiaranita telah disampaikan dan disempurnakan oleh Pn. Hajjah Siti Salwah Hj. Ahmad, Presiden Tiaranita Terengganu kepada semua yang di rai.  Majlis telah diakhiri dengan sesi fotografi beramai-ramai pada jam lebih kurang 4.30 petang.



















No comments:

Post a Comment