Monday 13 June 2016

Tiaranita Terengganu Dalam Lawatan Amal Ke Rumah Ibu Tunggal Fakir Miskin di Kampung Hiliran Parit Gali, Kuala Terengganu

Pada 12 Jun 2016,  Tiaranita Terengganu telah mengadakan Lawatan Amal Ke Rumah Ibu Tunggal Fakir Miskin, Mokcik Gayah Binti Mohd Amin yang uzur dan berusia 76 tahun di Kampung Hiliran Parit Gali, Kuala Terengganu bagi menyampaikan sedikit sumbangan daripada Tiranita Terengganu dan sumbangan individu. Objektif lawatan ini adalah untuk Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan terpinggir, Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli persatuan golongan yang tidak bernasib baik. ​Impak yang diperolehi adalah supaya Tiaranita Terengganu dapat Menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui pemerhatian terhadap golongan kurang bernasib baik.


“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (al-Maidah: 2)









No comments:

Post a Comment