Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
AHLI TIARANITA TERENGGANU YANG DIKASIHI.
PERUTUSAN PRESIDEN TIARANITA TERENGGANU SEMPENA BULAN RAMADHAN 1434H/ 2013M
Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad
Presiden Tiaranita Terengganu
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T yang telah mempertemukan semula kita dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak
1434H. Sesungguhnya bulan Ramadhan ialah bulan yang menjanjikan hidayah dan ganjaran besar kepada orang yang bertaqwa kerana itulah matlamat daripada
ibadat puasa. Peluang untuk terus hidup dalam bulan Ramadhan, penghulu bulan ini adalah antara rahmat dan nikmat yang Allah S.W.T beri kepada semua hamba-Nya.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (al-Baqarah:183)
Keberadaan kita dalam Ramadhan hari ini sebagai alamat, tanda yang Allah dah makbulkan doa kita. Doa yang sering kita baca seawal Rejab lagi,“Ya Allah berilah
keberkatan kepada kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan”
Di kesempatan ini marilah kita sama-sama agar menjadikan bulan Ramadhan ini sebagai bulan menambahkan dan meningkatkan amalan seharian. Hidupkan
majlis berbuka, Solat Tarawih, Tadarus Al-Quran dan Tazkirah di mana-mana ruang yang ada, ambillah kesempatan bersedekah terutamanya memberi
makan kepada orang yang berpuasa, kerana Rasulullah bersabda:
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (menyediakan makanan berbuka puasa) maka ia memperolehi pahala sebagaimana orang yang
berpuasa, dan tidak kurang sedikitpun pahala puasanya.”
Mudah-mudahan, kita semua dapat mengambil iktibar di atas semua peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan tahun lepas agar Ramadhan yang
bakal dilalui tahun ini lebih bermakna bagi diri kita untuk kembali kepada kehidupan yang berlandaskan al-Quran, iman dan taqwa.
Sekian, SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1434H.
No comments:
Post a Comment