Sunday 19 January 2014

Bengkel Jahitan Manik (Batch 1)

Program Bengkel Jahitan Manik (Batch 1) adalah merupakan aktiviti PERTAMA Biro Kebajikan dan kebudayaan bagi tahun 2014. Program ini telah dirasmikan oleh Presiden Tiaranita Terengganu, Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad yang telah diadakan pada 18 Januari 2014, Sabtu bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang bertempat di TMTC dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seramai 14 ahli dan anak ahli. 

Program ini telah dapat membantu mewujudkan daya kemahiran yang tinggi kepada Ahli dalam bidang fesyen jahitan manik dan labuci. Diketahui umum bahawa bidang kemahiran dapat menjana pendapatan yang tinggi dimana individu dapat memulakan perniagaan sendiri dengan modal dan kos operasi yang rendah berbanding perniagaan-perniagaan yang lain. Ahli juga Dapat menjahit sendiri corak-corak manik dan labuci pada baju kurung atau kebaya dengan 15 Teknik jahitan yang dipelajari melalui Tenaga Pengajar dari Perwani Terengganu.

Diatas permintaa ramai, Tiaranita Terengganu akan menganjurkan dan meneruskan Program ini untuk Batch 2 nanti.

SYABAS!!! dan TAHNIAH, kepada semua yang hadir dan diharapkan program ini mendapat manafaat kepada semua.




























No comments:

Post a Comment