Sunday 20 April 2014

Program Sepakat Komuniti 1 Malaysia - Seberang Takir (19 April 2014)

Program Sepakat Komuniti 1Malaysia Peringkat Daerah Kuala Terengganu telahpun berlangsung dengan jayanya Pada 19 April 2014 yang lalu. Seramai 12 orang ahli Tiaranita Terengganu telah turut serta bagi memeriahkan lagi acara  Senam Seni 1 Malaysia, pertandingan gubahan bunga, pertandingan masakan dan pertandingan solekan / Busana Muslimah). Turut serta adalah Master Chef Joe merupakan selebriti masakan yang dijemput khas ke Terengganu.  Aktiviti kebajikan iaitu “Touch point rakyat” juga turut dihadiri oleh Pengurus Besar Negeri TM Terengganu Tuan Haji Hamidun Ismail dan isteri Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad bagi  mengiringi YB Dato’ Haji Ahmad Razif Abd. Rahman dan isteri To’ Puan Hajah Halina Zakaria serta lawatan ke kampung Teluk Ketapang.  Kesinambungan daripada program gotong royong yang telah diadakan di Kampung Seberang Takir tahun lepas, Tiaranita Terengganu ingin menumpukan kepada keperihatinan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik melalui TOUCH POINT RAKYAT seperti Ibu Tunggal, Orang Kurang Upaya, anak yatim dan fakir Miskin di Daerah ini disamping memberi tumpuan kepada tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Semoga jalinan ukhwah dan sumbangan melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diberikan ini akan terpahat dalam nilai-nilai  teras dan prinsipnya dan akan dapat menambah nilai dan memperkayakan kehidupan melalui sumbangannya kepada masyarakat dan Negara.
















No comments:

Post a Comment