Wednesday 21 May 2014

HEALTH MAKEOVER & HIJABISTA STAILISTA ANJURAN TIARANITA TERENGGANU


Program anjuran Tiaranita Terengganu dibawah Biro Pendidikan dan Intelektual ini adalah merupakan satu Program yang mendedahkan mengenai “Penjagaan Kulit yang Bersih & Sihat serta Penampilan Diri” secara taklimat/demo dan praktikal.  Di samping itu program ini juga telah memberi peluang kepada ahli secara “hands-on”. Imej seseorang individu itu adalah merupakan hasil kombinasi perwatakan pemikiran, etika  berpakaian dan penampilan yang ditunjukkan.  Ahli Tiaranita  yang turut serta telah berjaya melakukan aktiviti secara paktikal dengan dibantu oleh Perunding Kecantikan dan Keterampilan Korporat yang berpengalaman dari Kuala Lumpur. Demo pemakaian tudung dan selendang juga turut diadakan bagi penampilan imej baru kepada peserta.  Program ini telah disempurnakan oleh Presiden Tiaranita Terengganu, Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad. Turut hadir adalah Puan Hajah Wan Adouni (isteri Pengurus Besar ND Timur) dan Puan Hawa Abd Rahman, Timbalan Pengerusi Usahanita Terengganu. Seramai 29 orang Ahli Tiaranita yang menghadiri program ini.



 Para peserta bergambar kenangan bersama Puan Presiden Tiaranita Terengganu & Perunding Kecantikan dan Keterampilan Korporat.

Semoga program ini mendapat manafaat dan melonjakkan usaha dan semangat berkerja bagi mencapai sasaran yang ditetapkan seiring dengan TM Game Changer. Tiaranita Terengganu penuh yakin dan percaya bahawa melalui program yang diadakan ini, ianya sedikit sebanyak akan dapat membantu pertumbuhan TM Terengganu melalui keyakinan pelanggan kepada anggota TM apabila berurusan dengan menampilkan cara berpakaian,  keperibadian, kewibawaan dan tahap profesionalisme yang boleh diberikan kepada pelanggan dalam dan luar Organisasi TM. Imej penampilan yang kemas, profesional dan beretika akan memberikan persepsi positif dan keyakinan masyarakat setempat dan pelanggan dalam berurusan pada setiap masa dan dimana juga.



SYABAS dan TAHNIAH kepada Biro Pendidikan dan Intelektual yang telah merealisasikan program yang sangat bermanafaat.

No comments:

Post a Comment