Sunday 4 May 2014

IKLAN - HEALTH MAKEOVER & HIJABISTA STAILISTA

Warga Tiaranita Dan TM Terengganu yang disayangi,

“HEALTH MAKEOVER & HIJABISTA STAILISTA”  anjuran Tiaranita Terengganu adalah merupakan satu Program yang akan mendedahkan mengenai “Penjagaan Kulit yang Bersih & Sihat serta Penampilan Diri” secara taklimat/demo dan praktikal.  Disamping itu program ini juga akan memberi peluang kepada ahli secara “hands-on”. Imej seseorang individu itu adalah merupakan hasil kombinasi perwatakan pemikiran, etika  berpakaian dan penampilan yang ditunjukkan. Cara berpakaian dan penampilan yang ditunjukkan akan memberi kesan dalam menentukan sejauh mana keperibadian, kewibawaan dan tahap profesionalisme yang boleh diberikan kepada pelanggan dalam dan luar Organisasi TM. Imej penampilan yang kemas, profesional dan beretika akan memberikan persepsi positif dan keyakinan masyarakat setempat dan pelanggan dalam berurusan pada setiap masa dan dimana juga. Ahli yang turut serta akan dapat melakukan aktiviti secara paktikal dengan dibantu oleh Perunding Kecantikan dan Keterampilan Korporat yang berpengalaman dari Kuala Lumpur.

Kelas yang ditawarkan adalah terhad kepada 30 orang sahaja.

Bagi anda yang berminat, sila hubungi atau emailkan ke:

Puan Hajjah Anisah Sulaiman @  013-9405432
Cik Faten Syuhada Binti Mohd Sharin Aka Zawawi @ 0112 9484237
W Nur Hanan Binti W Zulkifli @ 013-9281225


Cepat,jangan lepaskan peluang ini!!!!!


No comments:

Post a Comment