Monday 2 June 2014

KELAS MASAKAN NASI ARAB



Pada 25 Mei 2014, Tiaranita Terengganu dibawah Biro Kebajikan dan Keagamaan telah menganjurkan Program Kelas Masakan Nasi Arab Sempena ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak. Kelas masakan nasi arab ini telah dikendalikan oleh Chef Ariffin dari Hotel Primula yang mempunyai pengalaman dalam bidang masakan Tradisional, barat dan lain-lain melebihi 30 tahun.

Program ini telah disempurnakan oleh Presiden Tiaranita Terengganu, Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad. Turut hadir adalah Puan Hawa Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Usahanita Terengganu dan Puan Hajah Norma Omar (Isteri Pengurus Besar NMO Timur). Seramai 27 ahli Tiaranita dan bukan ahli telah bersama-sama menjayakan Program ini dan telah mendapat sambutan yang amat luar biasa.

Lagi berita dan gambar aktiviti.






Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi latihan kemahiran dari segi teori dan amali juga memberi latihan lanjutan bagi meningkatkan kemahiran ahli Tiaranita dalam bidang masakan.   Program ini bukan sahaja mendapat sambutan daripada warga Tiaranita Terengganu, malah ahli luar dan badan-badan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) juga turut bersama-sama dalam menjayakan program ini disamping mengekalkan ukhwah serta silaturrahim antara ahli Tiaranita dan badan-badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Semoga program ini mendapat manafaat dan merupakan platform terbaik dalam memupuk semangat keharmonian dan mengeratkan hubungan sesama wanita.






SYABAS dan TAHNIAH kepada Biro Kebajikan dan Keagamaan yang telah merealisasikan program yang sangat bermanafaat.

No comments:

Post a Comment