Thursday, 4 December 2014

SUMBANGAN TIARANITA TERENGGANU KEPADA PN. MAZIAH MUSTAFFA - MANGSA BENCANA BANJIR

Assalamua'laikum w.b.t & Salam Sejahtera


Cik/Puan yang dikasihi sekelian,

TIARANITA Terengganu dengan rasa penuh keperihatinan dan bertanggungjawab telah menghulurkan sedikit sumbangan kepada ahli Tiaranita Terengganu iaitu Puan Maziah bt Mustaffa, anggota yang bertugas di Unit Government Sales.  Beliau terlibat dengan bencana banjir dirumahnya dialamat Lot 6155, Jalan Parit Tali Air, Kampung Balai Maras, 21020 Kuala Terengganu.Penyerahan sumbangan kepada beliau telah disempurnakan oleh wakil dari AJK Biro Kebajikan & Keagamaan iaitu Pn. Wan Ramlah Wan Omar.  Moga dengan sedikit sumbangan yang telah disalurkan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh beliau dan keluarga. Bak kata pepatah, berat mata memandang… berat lagi bahu yang memikul. Sama-samalah kita berdoa agar Pn. Maziah serta keluarga didalam keadaan yang selamat dan  bersabar didalam ujian dari ALLAH SWT ini.







No comments:

Post a Comment