TIARANITA Terengganu telah mengadakan Majlis Jamuan Perpisahan bagi meraikan ahli-ahli Tiaranita yang mengambil Skim Mesra TM dan menamatkan perkhidmatan lebih awal. Majlis tersebut diadakan pada 22 Januari 2015 (Khamis) jam 2:00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Government, TM Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu. Seramai 9 orang ahli yang diraikan dan 16 orang AJK juga turut serta bersama-sama di majlis tersebut. Turut di jemput ialah Haji Hamidun Ismail, Pengurus Besar Negeri TM Terengganu Merangkap Penasihat Tiaranita Terengganu serta Hajah Siti Salwah Haji Ahmad, Presiden Tiaranita Terengganu.
Majlis berlangsung di dalam suasana penuh harmoni dan agak hiba memandangkan yang diraikan melahirkan perasaan yang bercampur baur kerana meninggalkan teman-teman seperjuangan dan berbagai kenangan pahit manis yang telah dilalui sewaktu berkhidmat dengan TM. Sesungguhnya pengalaman yang dilalui begitu berharga sekali.
Haji Hamidun Ismail, Pengurus Besar Negeri TM Terengganu serta Hajah Siti Salwah, Presiden Tiaranita Terengganu turut berucap dimajlis ini dan mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua yang diraikan dan berharap mereka akan sentiasa ceria dan gembira disamping keluarga tercinta. Semoga ikatan silaturrahim ini tidak terhenti setakat ini sahaja. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan jamuan minum petang lebih kurang jam 5:00 petang.




















No comments:
Post a Comment