Thursday 30 March 2017

TIARANITA TERENGGANU MENYERTAI PROGRAM " LADIES DAY OUT " DI PAYA BUNGA SQUARE, KUALA TERENGGANU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

PMINT melalui Jawatankuasa Wanita PMINT (PERMINITA) telah menganjurkan Program Ladies Day Out pada 30 Mac 2017 - 1 April 2017 bertempat di Paya Bunga Square ( PB Square ), Kuala Terengganu.
Pelbagai aktiviti antaranya peragaan busana muslimah, demostrasi masakan dan solekan, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan percuma, pertandingan menghias cupcake dan bermacam lagi aktiviti menarik menanti anda!
Tapak jualan juga dibuka kepada individu atau vendor yang berminat untuk mengetengahkan dan mempromosikan produk masing-masing kepada orang ramai

Tiaranita Terengganu mendapat satu tapak jualan dan tapak itu telah diberikan kepada team Consumer Sales untuk mempromosikan produk terkini TM bermula 30 Mac sehingga 1 April 2017.

Majlis ini telah diresmikan oleh YBhg. To Puan Seri Hajjah Halina Zakaria, Isteri Menteri Besar Terengganu. Turut hadir sama Puan Hajjah Siti Salwah Haji Ahmad, Presiden Tiaranita Terengganu bersama-sama barisan Ahli Jawatankuasa















No comments:

Post a Comment