Wednesday 4 September 2013

GEMPAK MERDEKARAYA TIARANITA

“Gempak Merdeka Raya”  Gerai Tiaranita Terengganu  di Majlis Sambutan Hari  
Raya TM Terengganu 2013/ 1434H 

Pada  3 September 2013 ( Selasa )  sepuluh unit  Gerai termasuk Tiaranita Terengganu telah  
menyajikan hidangan  dan buah-buahan , di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri TM Terengganu 
2013  ( 1434 H ) yang diadakan di Ibusawat Hiliran Kuala  Terengganu.                  
Ini adalah pertama kali ,Tiaranita Terengganu diberi peluang untuk menyediakan gerai, di Majlis  
sambutan Hari Raya.



Hasil kreativiti dan kerjasama dari ahli Jawatankuasa kerja menghias cantik 
gerai mereka yang menghidangkan pelbagai juadah seperti ketupat, lemang, rendang, serunding,         
tapai serta buah-buahan seperti durian, rambutan dan duku.



 Kemeriahan majlis ini, diserikan kehadiran pelangan-pelangan Telekom yang terdiri  dari wakil-
wakil Koperat, Jabatan Kerajaan, syarikat swasta, Bank-bank serta orang awam.



Majlis seperti ini, yang diadakan setahun sekali, telah memberi kenangan manis yang tidak dapat 
dilupakan kepada semua ahli Tiaranita di bawah kepimpinan Presiden Tiaranita  Terengganu,Puan 
Hajah Siti Salwah Haji Ahmad


No comments:

Post a Comment