Monday 16 September 2013

Sesi Temu Mesra Ahli Jawatankuasa Tiaranita Terengganu dengan Wakil Ahli Jawatankuasa Tiaranita Nasional

Sesi temu mesra Ahli Jawatankuasa Tiaranita Terengganu dengan wakil Ahli Jawatankuasa Nasional telah diadakan di Bilik mesyuarat Government Sales  TM Jalan Air Jernih Kuala Terengganu pada 15 September 2013.

Wakil Ahli Jawatankuasa Tiaranita Nasional ini  ialah, Puan Rusnani Said  Naib Presiden  dan Puan Nyah Chek Ahli Jawatan kuasa Tiaranita Nasional. Sesi turun padang ini,  adalah bertujuan untuk membantu perancangan aktiviti Tiaranita Terengganu, disamping bersama-sama memberi sokongan kepada Tiaranita Terengganu di Program  Gotong-Royong 1TM & Pelancaran Program Sukarelawan TM pada 14 September 2013 di Kampong Seberang Takir Pantai, Kuala Terengganu.




Pertemuan  yang ringkas ini, tetapi amat bermakna, kepada Tiaranita Terengganu.
Banyak perkongsian idea dan amanat yang boleh menjadi panduan untuk menlaksanakan aktiviti-aktiviti Tiaranita yang telah di rancang dalam BP 2013.

Adalah menjadi harapan beliau, Tiaranita Terengganu dapat, merancang dan menlaksanakan aktiviti kearah ke ilmuan sahsiah , kebajikan, kesukanan, disamping menambah DANA, melalui Biro keusahawanan. Semuga  kepimpinan Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad, Presiden Tiaranita Terengganu akan lebih bersemangat dalam menjalankan aktiviti-aktiviti. 


No comments:

Post a Comment