Monday 16 September 2013

Tiaranita Terengganu’ Prihatin dan Cakna Kebajikan Ahli

Tiaranita Terengganu telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Kebajikan kepada ahli yand sakit dan menerima rawatan di Hospital juga kepada ahli yang akan menunaikan Fardhu Haji di Mekah pada September 2013 nanti.

Majlis ini diadakan di bilik Mesyuarat Government Sales TM Jalan Air Jernih Kuala  Terengganu pada 15 September 2013 jam 10.00 pagi. 



Tiaranita  Cawangan Terengganu sentiasa Cakna dan amat Prihatin kepada kebajikan ahli. Sumbangan berbentuk wang tunai yang telah disempurnakan oleh Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad , Presiden Tiaranita Cawangan Terengganu kepada Puan Normala Ahmad, Puan Zainab Ngah dan Puan Norzilah Muda ( sakit ) serta Puan Habsah Wan Muda ( Sakit dan akan menunaikan Fardhu Haji ke Mekah).
Aktiviti sumbangan ini, di bawah Biro Kebajikan dan Kebudayaan yang sentiasa cakna dan Prihatin kepada kebajikan ahli Tiaranita Terengganu.


No comments:

Post a Comment