Wednesday 25 December 2013

PRESIDEN TIARANITA TERENGGANU DI MAJLIS PELANCARAN KOMUNITI PERWANI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Presiden Tiaranita Terengganu, Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad telah hadir ke Majlis Pelancaran Komuniti Perwani Peringkat Negeri Terengganu pada 18 Disember 2013, Rabu bertempat di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Terengganu. Program tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Yang Berhormat Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun. Yang turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, YBhg. Datin Munirah Abdullah Bajanuddin serta Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu, Encik Saharuddin Mohd Kia.

Komuniti PERWANI 1Malaysia adalah merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan dibawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS-8) yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Kementerian Kewangan (MOF) sebagai peneraju utama. Komuniti PERWANI 1Malaysia telah disempurnakan pelancarannya oleh YAB Perdana Menteri sewaktu majlis 1Million Women Purple Walk pada 17 Mac 2013 di Putrajaya dan telah dilancarkan serentak di seluruh Negara dan Pelancaran PERWANI Terengganu adalah bertempat di Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Melalui inisiatif PERWANI1Malaysia, KPWKM perlu mewujudkan 100,000 kumpulan jaringan wanita PERWANI di seluruh Malaysia yang bertindak sebagai agen transformasi di komuniti masing-masing.

Tiaranita Terengganu serta Persatuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s) didalam negeri Terengganu telah dijemput bagi menyertai semua aktiviti PERWANI yang bakal diadakan pada tahun 2014 nanti dan seterusnya bakal mewujudkan komuniti Tiaranita PERWANI seramai 20 orang dengan matlamat untuk membantu menjadi sukarelawan dan membantu kumpulan sasar agar dapat berdikari dan memiliki kemahiran melalui latihan dan bimbingan selain dari ibu tunggal dan wanita yang berpendapatan rendah.







No comments:

Post a Comment