Sunday 9 February 2014

Kelas Masakan TARTLET (Batch 1)

Program Kelas Masakan TARTLET (Batch 1) telah diadakan pada 8 Februari 2014, Sabtu bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tgh bertempat di TMTC.

Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang amat luarbiasa dari seramai 22 ahli dan bukan ahli yang telah mendapat kemahiran Asas membuat TARTLET (Fruit, Blueberry Dan Chocolate). Kursus ini telah mendedahkan kepada teknik-teknik baking secara teori dan praktikal dari chef yang berpengalaman iaitu Chef Nazihah Kamaruddin.  Turut hadir Dalam bengkel ini adalah Presiden Tiaranita Terengganu, Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad dan tetamu jemputan beliau, Puan Hajah Norma Omar, isteri Pengurus Besar NNO Eastern Region.
Diatas permintaan ramai, Tiaranita Terengganu akan menganjurkan dan meneruskan Program ini untuk Batch 2 nanti.

SYABAS!!! dan TAHNIAH, kepada semua yang hadir dan diharapkan program ini mendapat manafaat kepada semua.













No comments:

Post a Comment